Pages

Tuesday, March 26, 2013

Gambar-Gambar Rakyat Penang Menentang Projek Mega #TolakDAP






Gambar-gambar di atas tidak mungkin disiarkan di Buletin Mutiara, lidah rasmi Kerajaan DAPig Penang yang menggunakan wang Rakyat. Juga tidak mungkin akan disiarkan di akhbar rasmi DAP Pusat iaitu Roket. Petang tadi Rakyat Pulau Pinang bangkit berhimpun secara aman di Komtar, Pulau Pinang untuk membantah projek mega yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan DAPig Pulau Pinang. Ketua Menterinya, Joseph Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar.

Projek mega yang diumum kerajaan negeri pimpinan DAP itu melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut berkenaan. Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat - Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Joseph Lim Guan Eng dilihat seolah-olah begitu terdesak mengumumkan projek itu sedangkan Jambatan Kedua Pulau Pinang masih belum beroperasi dan kesan lalu lintas belum dapat dinilai lagi. Rakyat Pulau Pinang yang berhimpun juga mempersoalkan tindakan Lim menyerahkan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang sebagai bayaran kepada pemaju projek berkenaan kerana nilai tanah semakin meningkat dan mendakwa transaksi seumpama itu hanya memanfaatkan pemaju.

KRO

2 comments:

  1. Aku ada kat sana hari tu....
    Yg betul2 berdemo cuma dalam 30-50 orang sahaja. Yang lainnya cuma NAK TENGOK BERUK2 & MONYET JALANAN BUAT DEMO ja....

    Khairy kata orang yg buat demo ni MACAM BERUK/MONYET.

    he..he...he..
    DAH TERKENA BATANG HIDUNG....
    JILAT BALKIK LUDAH KETUA BERUK KAMU TU YE....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape yg buat dlu :D...sendiri sedar jgk kn :D

      Delete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.