Pages

Wednesday, March 20, 2013

Keadaan Tidak Mengizinkan... Nik Aziz Dimasukkan Ke Hospital...


Nik Aziz mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung.

Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan. Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini.

Tempoh lebih 23 tahun sebagai Menteri Besar adalah satu tempoh perkhidmatan yang agak lama disandang oleh TG Nik Aziz...

Hari ini kita dengar lagi Tok guru Nik Aziz sakit... Walaupun berbeza bendera dan pendapat... namun aku turut simpati dengan Nik Aziz yang sering dijadikan sebagai alat politik untuk kepentingan individu tertentu dalam PAS.

Mungkin tidak ramai yang ambil peduli tentang hal ini namun, inilah rialitinya...

Sudah tiba masanya Tok Guru menyerahkan khidmatnya kepada pemimpin pelapis yang lain...

Laman portal AntaraPos hari ini melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke hospital malam tadi selepas mengadu 'sakit perut'.

Malah, beliau yang dijadual mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini gagal berbuat demikian berikutan keadaan kesihatannya itu.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini hari ini enggan menjelaskan di mana Nik Abdul Aziz dirawat dengan alasan tidak mahu beliau diganggu.

"Semalam beliau masuk hospital, ada sakit perut sikit, saya tidak pasti (jika Nik Abdul Aziz sudah keluar hospital), semalam itu ya, saya tidak pastilah sekarang," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ashmad Yacob.

Nik Aziz sebelum ini dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan berikutan umurnya yang sudah mencecah 82 tahun.

Walaupun banyak pihak meminta Nik Aziz supaya berundur daripada terus terlibat dalam arena politik, beliau tetap tidak mengendahkan permintaan tersebut.

Nik Aziz sebaliknya dalam kenyataannya sebelum ini berkeras akan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana berpendapat ahli-ahli PAS masih memerlukan khidmatnya.

Beliau pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut melakukannya, namun setelah Dr. Mahathir berbuat demikian sejak 10 tahun lalu, Nik Abdul Aziz masih kekal di tampuk kepemimpinannya.

15 comments:

  1. Semoga Allah pelihara Tuan Guru.
    SEmoga diberi kesihatan yg berpanjangan utk memimpin negeri Kelantan di masa akan datang.

    ReplyDelete
  2. Doa pecah perut dah makan diri....sakit perut dulu...tu lah nak makan pun menunjuk, kan dah kena tulah.

    ReplyDelete
  3. Salam. Kita doakan beliau dapat rehat secukupnya. Pada usia 82 tahun. . Ia agak lanjut bagi seorang manusia..

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah masih memberi izin waktu agar beliau melihat kelantan diterajui BN dan semoga Allah memberi sedetik masa agar beliau menginsafi ketelanjuran mulut beliau..

    ReplyDelete
  5. Tun kesayangan aku jugak yang steady.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cari makna istidraj dlm internet atau tny ustaz kazim kalau dia tahu..

      Delete
    2. Nampak tak ko ni riak bila tulis" tny ustaz
      kazim kalau dia tahu".
      Memang org pas perasan diri lebih islam dpd org lain.
      Sedarlah sikit tempat maksiat pun bnyk
      d klantan juara patung buddha terbesar lagi
      ko ko ko.
      kau tu sendiri pun mungkin dlm golongan
      istidraj jugak...

      Delete
  6. Bg aku tun tak berhenti dr dunia politik dan nik aziz tak ptt berhenti sebab pejuangan islam tanggungjwp sampai mati

    ReplyDelete
  7. Semoga Tuan Guru kita diberi kesembuhan oleh Allah.....jangan pi dulu hutang pada rakyat banyak lagi belum berbayar nanti tak sampai kesurga.Tersungkur di pintu surga,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg hutang zaman bn blm habis byr lg

      Delete
    2. Ko pegang buku hutang tu ke???

      Delete
  8. Doa dari orang yang pernah diDOAKAN BELIAU KO..
    SEMOGA BELIAU SEMBUH DAN MENGINSAFI PERBUATAN LIDAHNYA DIDUNIA DAN MANUSIA YANG DIKAFIRKAN NYA.. SEMOGA BELIAU DAPAT MEMBEZAKAN DUNIA DAN AKHIRAT.... IKHLAS DARI HATI SAYA....

    ReplyDelete
  9. Jangan dengki.
    Tuan Guru masih sihat dan bertenaga.
    Kelantan akan terus diperintah oleh PAS.
    UMNo jangan mimpi laaaaa....

    RAKYAT KELANTAN BENCI PADA UMNO SEBAB TAK AMANAH.

    ReplyDelete
  10. Semoga najib blh bezakan najis mughalazah dgn arak st miguel..IKHLAS DARI HATI SAYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Riak detected....Lebih islam dpd org lain.

      Delete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.