Pages

Saturday, March 30, 2013

#LahadDatu - Penduduk Tg. Batu Sayu Lihat Kemusnahan


LAHAD DATU – Peluru bertaburan di jalan raya, rumah yang dibina dan dihuni sejak 40 tahun lepas penuh berlubang dengan kesan tembakan dan ada di antaranya musnah sama sekali akibat dibakar kumpulan militan dari selatan Filipina yang bertempur dengan pasukan keselamatan.

Keadaan sayu itu menyambut kepulangan ketua-ketua keluarga penduduk Kampung Tanjung Batu yang pertama kali menjejakkan kaki ke perkampungan mereka setelah hampir sebulan ditempatkan di pusat pemindahan berikutan kejadian pencerobohan militan Sulu.

Kampung Tanjung Batu adalah lokasi yang menjadi pilihan penceroboh militan Sulu untuk menyusup masuk ke negara ini melalui jalan pantai dan hutan selepas mendarat di Kampung Tanduo 12 Feb lepas.

Kumpulan militan itu dipercayai menggunakan perkampungan berkenaan untuk berteduh dan mengumpulkan anggota mereka sebelum mula menyerang dan menawan kampung itu.



“Saya memang terkejut. Saya tidak sangka jadi begini sehingga rumah hangus. Saya reda kepada Tuhan atas kejadian ini,” kata Mahmud Mallang, 72, ketua Kampung Tanjung Batu apabila melihat kemusnahan yang dialaminya.

Kejadian itu bukan sahaja memusnahkan rumahnya malah empat rumah anaknya juga hangus terbakar, selain turut kehilangan kereta dan motosikal.

Beliau berkata walaupun mengalami kemusnahan yang teruk, rata-rata penduduk kampung sepakat untuk terus menetap di perkampungan itu memandangkan itulah kampung halaman mereka dan tempat mereka mencari rezeki.

Kesayuan jelas tergambar di wajah ketua-ketua keluarga yang dibawa masuk ke kampung itu untuk menilai kerosakan yang mereka alami dan bagi John Dulahap, 62, walaupun sedih melihat kemusnahan itu, beliau yakin kerajaan pasti akan membela nasib mereka dengan menyediakan bantuan khas bagi meringankan beban yang ditanggung penduduk.




“Rumah anak-anak saya juga hangus dan ada juga yang dipenuhi bekas tembakan. Peralatan rumah turut rosak,” katanya.

“Rumah adik dan kakak saya hancur,” luah pula Ajimain Mahmud, 35, yang masih trauma selepas ditampar dua kali oleh anggota militan semasa menceroboh kampung itu.

Mereka adalah antara 20 ketua keluarga yang dibawa masuk ke Kampung Tanjung Batu bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.





Petugas media yang turut dibawa bersama dapat melihat sendiri dengan jelas kemusnahan di kampung itu yang boleh diibarat umpama ‘padang jarak padang terkukur’.

Sebaik melepasi papan tanda ‘Selamat Datang ke Kampung Tanjung Batu’ jelas kelihatan ribuan peluru dan kelongsong peluru bertaburan di atas jalan raya dan kawasan sekitar termasuk di perkarangan rumah dan kawasan semak samun.

Hampir setiap rumah berlubang, rosak, tidak lengkap dengan ada atap dan pagar rumah hancur. Penulis turut menemui kesan darah, pisau dan parang kecil di beberapa rumah serta kasut but hitam milik pengganas di satu daripada anak sungai.

Berhampiran lokasi itu, penulis menemui dua kenderaan jenis Perodua Kancil dan Ford Ranger tersadai dan dipenuhi kesan tembakan. Kenderaan itu dipercayai dicuri penceroboh militan dan diguna ketika menyerang pasukan keselamatan.

Selain itu bau bangkai juga dapat dihidu, dipercayai daripada haiwan ternakan yang mati akibat kejadian itu. – Bernama

5 comments:

  1. Kerajaan Najis Umno mesti bertanggungjawap di atas kerosakkan dan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat di situ. Kerana kerakusan kuasa dgn "mengencing" orang2 sulu,maka, mereka telah memusnahkan kedamaian yang ada.

    Rakyat mesti menolak UMNO/BN.
    Kedatangan UMNo benar2 membawa bahana kecelakaan pada Sabah.

    Untuk menutup "bau hancing" perbuatan khianat mereka, maka, bertopengkan dgn alunan kata2 semangat kononnya "berpetriotisma", maka di hebahkan supaya rakyat bangkit mempertahankan tanah air, bangsa dan negara.... "
    Mereka sanggup melihat harta benda rakyat musnah kerana kuasa.
    Mereka sanggup melihat anggota keselamatan terkorban kerana kerakusan kuasa yg mereka inginkan.

    Penipuan licik mereka utk mempertahankan kuasa bukan sahaja memakan diri mereka tetapi rakyat yang tidak berdosa yang menjadi korbannya.

    Ayuh....
    Kita hancurkan manusia2 keparat ini yg telah mengkhianati tanah air kita daripada mereka tetus berkuasa. NYAHkan UMNO.

    ReplyDelete
  2. hang lalut apa pagi2 ni mangkok? adakah juboq hang x di tusuk oleh ANUwar maka hang meroyang tahap gila bafi ni.aku tau hang kegersangan mcm ostazah mee segera tu juga kan???

    ReplyDelete
  3. Anon 7:17. Hang memang dah bodoh gaban sebab dah syiok di taram buntot oleh al juburi sampai jadi lembu dan berotakan keldai ..dah tu mehidu hidu macam babi ....

    ReplyDelete
  4. Inilah bentuk2 kehancuran dan kemusnahan yang dilakukan oleh manusia yg rakus pada kuasa. Mereka bukan sahaja sanggup menipu perjanjian pajakan dan merompak harta si pemajak, malah mereka sanggup membenarkan pembunuhan sesama manusia.

    ReplyDelete
  5. puak2 pembangkang ni pernah tengok ke dengan mata sendiri perjanjian tu. dah baca dan faham isi perjanjian tu (pajakan)sebelum komen yang penuh dengan dendam kesumat. kalau tak tau, ikut baca di internet dan dengar orang cakap saja, diam itu lebih baik.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.