Pages

Wednesday, March 6, 2013

Laporan Terkini: Ketua Pengganas Raja Muda Azzumudie Di Percayai Terbunuh, Manakala 30 Lagi Pengganas Sulu Maut..


Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Utusan online hari ini melaporan sehingga pukul 12 tengah malam tadi, jumlah pengganas Sulu yang maut dalam serangan besar-besaran tersebut ialah 30 orang tetapi status ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie sehingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat khabar mengatakan dia terbunuh.

Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu.



Ops Daulat diteruskan pagi ini, keadaan terkawal

Operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, diteruskan hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal.

Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo.

Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka.

Di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih terkawal dan tenang.

Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan. Nama wakil media yang bertugas di kawasan itu juga direkodkan pihak polis bagi tujuan keselamatan.

Pemeriksaan juga dilakukan terhadap van dan kenderaan yang membawa penumpang yang ramai.

Di SEMPORNA keadaan juga dilapor tenang dengan masyarakat meneruskan tugasan harian mereka serta premis perniagaan dibuka seperti biasa pada pagi ini.

2 comments:

  1. Semoga Allah memasukkan mereka yang berjuang di jalan Allah untuk memperjuangkan tanah air yg telah di miliki secara kefasikan itu akan di masukkan ke dalam syurga bersama2 para syuhada. Amin....

    ReplyDelete
  2. Aku ingat lagi masa kecik2 dulu kat kampung. Ada musimnya kami suka main "combat-combat". Biasa la kat kampong kalau kena musimnya memang senang nak dapatkan "pistol air". Jasi, kami main lah "combat-combat" dgn kawan-kawan kami. Kami bahagikan kepada 2 kumpulan. Air tu kami warnakan lah. Sapa kena tembak dan kat badannya ada warna air tu maka di kira mati lah. Memang seronok. Tapi, yang ralatnya ada dua tiga ekor budak dari kumpulan yang satu lagi tu secara senyap2 guna senapang bemban dgn peluru bemban. Kalau kena memang sakit la. Memang kami cabut kalau dia orang pakai tu. So, ketua kumpulan kami protest la "mana aci macam ni, kami guna pistol air, kau orang guna peluru bemban...kalah la kami. TAK GENTELMAN la".....

    ha..ha..ha.....

    Moral of story.....kalau nak fight biar sama-sama guna senjata yang standard. Kalau tak......TAK GENTELMAN la....!!!!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.