Pages

Thursday, March 7, 2013

Mayat Enam Anggota Polis Dicacatkan Pengganas Sulu


Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu ditemui dalam keadaan dicacatkan dengan teruk, memetik kenyataan Facebook polis lewat petang semalam.

Polis turut mendedahkan pasukan terpaksa dihantar ke kampung berkenaan sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang tercedera dan rakan-rakan mereka yang sudah mati berikutan serangan hendap oleh kumpulan penceroboh Filipina.

Menurut laman itu lagi, polis sebelum itu telah menghantar pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan tentang kehadiran penceroboh Filipina.

"Semasa tiba di Kampung Simunul, pasukan polis telah diserang hendap oleh penceroboh. enam anggota polis terkorban manakala dua lain cedera. Enam penceroboh bersenjata ditembak mati oleh polis.

"Polis menghantar pasukan keselamatan untuk membawa pulang mayat dan menyelamatkan anggota yang terkandas di Kampong Simunul, Semporna. Pasukan polis berjaya dalam misis tersebut.

"Mayat anggota polis yang ditemui telah dicacatkan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata," memetik kenyataan dari laman itu.

Kesemua anggota yang terkorban adalah Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael Padel, Sergeant Baharin Hamit, Sergeant Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran and Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan berkenaan termasuk kepala anggota dipenggal dan mata dicungkil keluar.

AntaraPos

3 comments:

  1. Xyah gencatan senjata........mereka penjenayah dan pembunuh.....kena adili ikut law msia..... mcm kes lanun somalia yg serang kapal dan tentera msia....yg kene death by hang by court

    ReplyDelete
  2. Betul.. Setuju..Gantung sampai mampos sekor2..termasuk dalang malang yang jalang tu...

    ReplyDelete
  3. Alaaaaaa.... nak tunjuk gagah la tu!
    Piiiiiiiraaaaah mamat......

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.