Pages

Thursday, March 14, 2013

Pembangkang Rancang Wujud Keadaan Porak-Peranda Pada PRU-13


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu mendedahkan rancangan pakatan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 akan datang dengan mewujudkan keadaan porak-peranda di negara ini.

Beliau berkata daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk berbuat demikian kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang sudah mula meningkat.

“Macam (penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat.

“Bila dia menang, dia tak pernah kata SPR tipu rakyat, tapi bila nak kalah, nampak-nampak nak tumbang dan impian untuk jadi perdana menteri tak akan menjadi, maka dia dah mula buat telahan,” katanya ketika berucap pada majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat sini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar.

Muhyiddin percaya kenyataan itu dibuat pihak pembangkang kerana sedar bahawa mereka tidak mampu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya berikan ini sebagai satu peringatan kepada kawan-kawan dalam Barisan Nasional, inilah yang akan kita akan hadapi, tapi saya yakin atas semangat kita yang kuat dan kerja keras yang kita lakukan kita akan dapat atasinya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yakin BN mampu mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Tidak kira siapa.. calon hitam, putih, biru kita akan pilih sahaja…dan saya pergi ke tempat-tempat lain…gelombang biru menandakan sikongan rakyat sudah mula meningkat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Selangor yang diterajui pakatan pembangkang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat negeri ini dengan pelbagai janji manifesto yang tidak ditunaikan yang sehingga kini tidak dijawab oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kita tak nak mengulang banyak cerita yang sudah berlaku di sini…saya bukan orang Selangor, tetapi saya tahu apa yang berlaku di negeri Selangor ini…Rakyat Selangor sudah pun marah dengan kerajaan (negeri yang diterajui pembangkang).

“Ramai yang bawa kes ke mahkamah, ibu tunggal dan orang-orang yang berhak mendapat pembelaan atas janji yang dibuat pada manifesto PRU yang lepas juga tuntut supaya kerajaan Selangor tunaikan janji, sampai hari ini saya tak dengar pun jawapan dari Menteri Besar Selangor apa yang nak dilakukan tentang apa yang telah dijanjikan itu,” katanya.

Justeru, Muhyiddin mencadangkan agar rakyat Selangor tidak lagi terpedaya dengan manifesto PRU-13 yang dilancarkan pakatan pembangkang baru-baru ini yang menurutnya menjanjikan pelbagai perkara yang mustahil untuk dilaksanakan tanpa penerangan yang kukuh.

Sebaliknya, beliau berkata manifesto yang akan dibentangkan BN kemungkinan selepas pembubaran Parlimen akan memberikan gambaran menyeluruh mengenai perkara-perkara yang akan dilaksanakan supaya difahami dan diyakini rakyat bahawa kerajaan BN mampu melaksanakannya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan sumbangan dana RM200,000 kepada masjid dan RM100,000 kepada kuil di kawasan itu untuk tujuan penambahbaikan.

Beliau turut melancarkan empat bas henti-henti syarikat Setara Jaya menambah kepada 12 buah bas sedia ada untuk kegunaan 22,000 penduduk di kawasan Hulu Selangor.

4 comments:

  1. Harap rakyat cukup bijak utk menolak politik huru hara golongan berkepentingan yg memangsakan rakyat keseluruhan, demi kepentingan peribadi dan kelompok sendiri.

    ReplyDelete
  2. Yg buat kacau bilau ialah Umno.
    Sebelum PRU pun dah buat samseng sana sini macam negara mak bapak dia yang punya - itu tak nampak lagi ke?
    MEMANG SIUL PUAK2 UMNO NI.

    ReplyDelete
  3. tolong buat laporan polis.. ada unsur2 hasutan. heret muhyidin ke mahkamah.

    ReplyDelete
  4. Mak nak susu...
    Mak nan nenen.....
    Mak nak kencing.....

    Apa bende la kau orang ni...
    Sikit2 ngadu...sikit ngadu..
    Manja betul la.

    Aku rasa kalau polis tak da...raja tak da...gantung diri kot. sbb dah tah tahu nak berhujjah.

    Mengalahkan budak beringus la kau orang2 umno ni.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.