Pages
▼
Saturday, March 16, 2013
Perang Azmin, Khalid Semakin Parah!
Perselisihan antara Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semakin memburuk apabila Pengarah Pilihan Raya PKR negeri itu langsung tidak tahu menahu tentang tarikh bubar DUN yang dicapai PKR Selangor.
Khalid sebelum ini mengumumkan pihaknya sudah mempunyai tarikh yang sesuai untuk membubarkan DUN namun beliau enggan mengumumkan tarikh itu.
Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata Azmin dan Khalid kini tidak lagi mampu menutup pertelingkahan antara mereka sehingga gagal merencana kemana hala tuju politik PKR negeri itu bersama-sama.
Ismail juga mempersoalkan bagaimana Khalid boleh membuat keputusan penting seumpama itu tanpa merujuk kepada hirarki parti.
"Tapi saya tidak tahu macam mana Menteri Besar berkuasa sendiri seolah-olah dia hebat daripada yang lain.
"Jelas saya nampak antara Azmin Ali dan MB memang ada terdapat satu tidak sehaluan," katanya ketika dihubungi Antarapos.
"Kalau mereka saling mempercayai pemimpin lain sepatutnya tiindakan peringkat negeri diberitahu di peringkat jentera parti, apa pun yang nak dibuat perlu dirujuk kepada peringkat jentera parti di perngkat negeri dan federal.
Ismail berkata Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor sepatutnya dirujuk Khalid kerana hakikatnya parti itu tidak mampu menang jika strategi pilihan raya tidak disusun dengan baik.
"Sepatutnya dia berbincang dengan Pengarah Pilihan Raya kerana itu adalah tugasnya sebagai Menteri Besar tidak sama," katanya.
Sebelum ini, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa PKR belum dimaklumkan tentang tarikh pembubaran DUN Selangor.
Khalid sebelum ini mengumumkan akan membubarkan DUN lebih awal iaitu selepas sambutan Chap Goh Meh walaupun tanpa persetujuan daripada Putrajaya.
-AntaraPos
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.