Pages

Sunday, March 3, 2013

Perisikan Sahkan Pertemuan Anwar-Nur Misuari


Perisikan tentera Malaysia mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Selain itu, agensi risikan itu dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini turut mengesahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan terlibat dalam mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian pencerobohan berlaku.

Jeffrey Kitingan adalah bekas Naib Presiden PKR yang kini menjadi Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR) dan pengerusi United Borneo Front (UBF), parti pembangkang untuk Sabah dan Sarawak.

Pendedahan ini mengukuhkan lagi dakwaan pihak perisikan tentera Filipina sebelum ini yang secara terbuka mengaitkan nama pemimpin pembangkang sebagai dalang dalam insiden tersebut.

Menurut sumber perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertemuan antara Anwar dan Jeffrey dengan Nur Misuari dan pihak MNLF serta wakil Kesultanan Sulu dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah.

Nur Misuari dinamakan oleh media Filipina, Inquirer News, sebagai salah satu pihak yang telah berkonspirasi dengan pemimpin politik pembangkang dari Malaysia untuk menghasut Sultan Sulu menuntut hak mereka.

Inquirer News mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah.

Memetik sumber perisikan Filipina, Inquirer News melaporkan, pertemuan itu berlaku November tahun lalu, menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah dari Malaysia.

AIDC

12 comments:

  1. Kalau setakat berjumpa dgn pemimpin2 MILF itupun dikatakan bersekongkol, memang BANGANG la.

    Berapa banyak pemimpin-pemimpin BN/Umno yang telah berjumpa Nur Maisuri Sebelum ni. Cuba tanya sikit? Kenapa itu tak menjadi issu?

    Biasa la dekat PRU-13 ni kan? Mana boleh pekena DSAI, hampa cuba nak pekena. Rupanya bukan di dalam negara hampa nak burukkan DSAI, tapi, kat luar negarapun hampa lantik dan gajikan pemberita2 upahan utk burukkan dan fitnah DSAI.Lepas tu gunapakai duit rakyat utk biayai pemberita2 upahan tu.

    Sampai macam tu no kerja buruk hampa? MEMANG CILAKO lah UMNO/BN ni. MEGHABIHKAN DUIT RAKYAT UTK KEPENTINGAN DIRI UMNO.

    ReplyDelete
  2. anon 11:24.

    mungkin pertemuan anuwar dengan nur misuari hanya 4 bulan lepas adalah satu KEBETULAN. mereka hanya duk sembang kosong. tanya bini masing masing dok buat apa. kerja apa, traffic jammed kat KL, dan tempat tempat urut paling sedap.


    ya, kerajaan BN pimpinan najib baru sebulan lepas jumpa puak2 yg dok bertelagah antara filipina dan bangsa moro sebagai orang tengah untuk proses damai. ada orang takleh tengok pendamaian lalu mahu di cetuskan huru hara ini. orang itu adalah kaki china doll pujaan pakatun rakyat.

    ReplyDelete
  3. Ya betul tu.
    Pemimpin2 BN baru jumpa kumpulan yang "memberontak" tu.
    Tapi, dengar cerita pemimpin2 umno tengah berunding berapa banyak tanah nak di beri. Umno dapat berapa, kumpulan tu dapat berapa?

    Orang-orang Sabah sudah tahu cerita sebenar bang.....Cuma di Semenanjung saja rakyatnya mudah di bohongi.

    BN/Umno sekarang ni tidak boleh main soro-sorok lagi. Mereka sudah tersalah langkah. Tangan yang berbau tahi sudah tidak boleh di simpan-simpan lagi. Busuknya sudah orang Sabah tahu.

    ReplyDelete
  4. Org mengajak perang pun bodoh.. Menyusahkan rakyat... semua pemimpin x baguih... Belakang kamera berpeluk sakan... Baik BN & PAkatan bla....bla... Ini semua poyo!!!

    ReplyDelete
  5. Kalau laporan ni daripada perisikan tentera malaysia, kita sebagai orang awam patut percaya 80% daripada laporan tu...daripada dok dengar ulasan mengarut puak PR...lu orang PR cakap ngan sampah boleh la

    ReplyDelete
  6. Cuba kau orang baca Metro hari ini. Bukankan benar wujud perjanjian pajakan tanah antara Kerajaan British and Kesultanan Sulu.

    Cuma yang aku tak setuju dgn Pro. Kangkong Ramlah Adam & Dr Chandra ialah:
    1) "Mereka mengatakan pemberian Sabah kepada Tanah Melayu selepas itu dpd penjajah British adalah sah".

    Perghhhhh..., kalau ini macam lah jawapanya, aku rasa selepas ini siappun tak akan berani nak pajakkan tanah atau harta benda kepada orang lain. Ini adalah kerana si pemajak jika mereka memberikan pada orang lain pulak, maka si tuan tanah atau si pemunya harta akan kehilangan harta itu. - Ini apa punya undang-undang hah???.
    Undang-undang untuk menyelamat diri ke atau undang-undang untuk membodek?

    2) Ramlah Adam kata " Kalau Kerajaan Sulu hendak menuntut hak mereka keatas Sabah, mereka kena memintanya dpd Kerajaan British".

    Satu lagi jawapan untuk menyelamatkan diri. Kalau macam tulah jawapannya maka kelak untuk kes lain tuan tanah yg memberi pajakan kenalah meminta dan merayu pada orang asal yang pajak tanah untuk mengambil balik tanahnya. Sekali lagi jawapan bodoh daripada Prof. Kang Kong. Undang-undang mana yang beliau rujuk?

    Sebab itu aku tidak hairan Prof. kangkong ni yg pernah membohongi rakyat dgn mengatakan Tanah Melayu ini pada asalnya tidak pernah di jajah? Jawapan mereka2 ini lebih kepada untuk mempertahankan kesalahan ucapan yang pernah di keluarkan oleh pemimpin2 Umno mengenai pejuang2 sebelum kemerdekaan yang di bangkitkan oleh Tn Hj Mat Sabu. Begitulah juga dgn kes tuntutan Sabah ini. Mereka cuba menafikan hak sebenar tanah kepunyaan Kesultanan suluh di Sabah. Mereka begitu mudah menafikan segala perjanjian bertulis yang pernah dibuat oleh Kerajaan British dgn Kesultanan Sulu.

    Kalau beginilah sikap Prof. Kangkong dan pemimpin2 Umno yang ada, maka aku tidak hairan Perjanjian Bertulis Royalti Minyak di Kelantan mereka boleh mempermainkan dan memperbodohkan rakyat.

    Aku juga tidak hairan kalau beginilah sikap "lupa diri" kerajaan Malaysia, maka, tindakan Kesultanan Sulu menyeru rakyatnya melancarkan "Perang Jihat" untuk mengambil balik dan mempertahankan tanah mereka akan menjadi realiti.
    Kerana itu adalah hak mereka.

    Pelik dan hairan mengapa rakyat masih menutup mata dalam hal ini dan masih mahu terlibat dan bersubahat mengenai perkara yang mungkar seaolah-olah peringatan Allah mengenai "hak kepunyaan" seseorang dipermainkan.

    GUNUNGPUN AKAN HANCUR TAKUT BILA MENDENGAR AMANAH ALLAH AKAN DITURUNKAN....KENAPA MANUSIA TIDAK???




    ReplyDelete
  7. Jaga-jaga weiiii...
    Lepas ni akan ada pula "pencerobohan" misteri di Johor, N. Sembilan, Pahang dan Terengganu.

    Segala bala tentera dan anggota polis (yg bekelayakkan utk mengundi POS)akan di TAMBAH &berkhemah di sana tak lama lagi sehingga selepas PRU-13.

    ANDA FAHAM KE MAKSUD TERSIRAT AKU......???

    ha..ha..ha

    ReplyDelete
  8. YE LER NUAR JUMPA MISUARI BINCANG PASAL TRAFIK JAM DI KL, PASAL TRAFIK LIGHT TAK MENYALA, PASAL ROTI TEMPAYAN...KAT MAN SEDAP.

    DARI JAUH DIA PERGI NAK CAKAP PASAI BINI MASING-MASING TENGAH BUAT APA? OTAK PENYOKONG PAKATAN BEGITULAH SEBAB ITU NUAR KATA BOLEH PATAHKAN DENGAN MUDAH OTAK MELAYU..MACAM RANTING KAYUUU!.

    ReplyDelete
  9. Dah tak modai ka Pak Teh!
    Cakap macam baru kena ayaq daun ketum ja!!!!

    ReplyDelete
  10. Dulu aku kagum dengan nuar kini aku menyampahhhhhhhhhhh!!!

    ReplyDelete
  11. Siapa cakap aku macam kena daun ketom tu dia sendiri memang biasa kena daun tu kot.

    Aku Cakap pasal ada yang kata Nuar jumpa Misuari buka ada agenda apa-apa.Cakap-cakap biasa aje? Bacalah sikit posting yang ada. Tuihhh.

    ReplyDelete
  12. Kerana TWIN mangkuk hayun yang mengepalai negara ni ie Najib & Hisshamuddin,maka, ramai perajurit2 kita terkorban. KITA TUKAR JA KERAJAAN NI. MEMANG MANGKUK HAYUN SEPUPU-SEPAPAT NI.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.