Pages
▼
Friday, March 29, 2013
PM Najib Razak Yakin BN Menang Majoriti 2/3 #BNBagus
Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.
Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.
Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.
Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.
Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?
Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.
Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.
Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?
Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.
Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.
Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?
Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.
Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.
Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.
Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.
Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.
Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.
Semoga Allah S.W.T melindugi Malaysia dan rakyat nya dari pemimpin2 yg zalim dan boddoh!!! Amin.
ReplyDelete"Ya Allah" Selamatkan Negara Malaysia tanah tumpahnya darahku nie dari anasir2 yang telah meranapkan khazanah dan ekonomi sosial selama 53 tahun nie. Amin.
ReplyDeleteYA ALLAH JADIKANLAH AKU SEBAGAI HAMBAMU
ReplyDeleteYANG BERSYUKUR DENGAN APA YANG TELAH
ENGKAU KURNIAKAN....REZEKI YG HALAL DAN
MENCUKUPI....BERIBADAT KEPADAMU TANPA
ADA HALANGAN...NEGARA YANG AMAN.......
OH TUHAN KU SUNGGUH BANYAK DAN BESAR
NIKMAT DAN RAHMAT YANG KU PEROLEHI...
JANGANLAH ENGKAU JADIKAN AKU DARI KALANGAN HAMBAMU YG KUFUR NIKMAT.aminn
AKU BELAJAR KAT JEPUN. KAT SANAPUN ADA MASJID. MUNGKIN UMNO YG BUAT KOT??...KAH..KAH..KAH..
ReplyDeleteAKU TRAINING KAT GERMAN. LAT SANA LAGI BANYAK BANGUNAN YGN LEBIH CANGIH DPD YG DI MALAYSIA. MUNGKIN UMNO YG BINI KOT?? KAH..KAH..KAH..
AKU MELAWT KAT TURKI. PELAJARAN KAT SANA PECUMA LA. MUNGKIN UMNO YG BIAYAI KOT??? KAH...KAH..KAH..
AKU BERMASTAUTIN DI UK. PEMIMPINNYA SALING BERTUKAR. MATAWANG NYA TINGGI JUGAK BERBANDING MALAYSIA??? MUNGKIN MALAYSIA TOP-UP KOT??? KAH..KAH..KAH...
Tulis macam bukan org terpelajar je....
DeleteMungkin pergi dlm mimpi agaknya....
Jgn ketawa berdekah2. Nanti setan suka
pada awak.
Alamakkkkk.....INI kes haru-biru ni!
ReplyDeleteDulu Dr. gigi @anak Toyol pun cakap besar serupa tu jugak ie "BN akan sapu bersih kerusi di Selangor - SIFAR PEMBANGKANG". Last-last....dapat anugerah "PENYAPU" sbb banyak sangat dia SAPU duit rakyat Selangor.
Ini kali si anak Razak ni cakap macam tu jugak. Aku rasa pengundi akan beri anugerah "KERANDA" kot sebab banyak sangat NAJIS yg di tabur ke muka rakyat.
NAJIB RAZAK SEKARANG NI DAH JADI LIABILITY -BEBANAN DLM PARTI KITA IE UMNO. TERLALU BANYAK SANGAT KES-KES BERAT YG DIBAWANYA DAN JUGA OLEH ISTERINYA KEPADA UMNO.
ReplyDeleteNAJIB PERLU BERUNDUR DAN SERAHKAN PADA MUHYIDIN YG LEBIH BERSIH. PERWATAKAN ISTERI MUHYIDIN JUGA BAIK DAN BOLEH MENANDINGI ISTERI PEMIMPIN2 ISLAM DALAM PAKATAN. TIDAK SEPERTI ROSMAH YG TIDAK BERTUDUNG, NAMPAK EGO DGN KEMEWAHAN DAN MENCAMPURI URUSAH POLITIK DAN PENTADBIRAN SUAMINYA.
KITA MESTI DESAK NAJIB BERUNDUR SEBELUM PRU-13 INI DAN SERAHKAN JAWATAN PM ITU PADA MUHYIDIN.
JANGAN KERANA SEOKOR LEMBU MEMBAWA LUMPUR, HABIS, SEISI KANDANG TERKENA LUMPURNYA.
Sebagai orang lama di dalam UMNO saya merasakan adalah lebih baik PM kita Datok Seri Najib berundur secara terhormat sebelum pilihanraya ini. Di merata tempat kedengaran secara senyap pengundi menyalahkan PM kita. Secara ikhlas saya nyatakan bahawa kredibiliti PM Datok Seri telah tercalar dimata pengundi. Banyak pengundi mempertikaikan kredibility Dato Seri terutamanya dari segi akhlak dan jenayah yang Dato Seri sorokkan. Kehadiran dan keterampilan Pn seri Rosmah juga telah menambahkan lagi calar pada Datok Seri. Pengundi sekarang ini membanding-bandingkan dgn isteri-isteri Pm yang lepas dan juga isteri-isteri Ketua Pembangkang yang jauh lebih baik dimata rakyat.
ReplyDeleteDiharap Datok Seri dengan rela hati melepaskan jawatan sebelum pilihanraya ini. Serahkanlah jawatan itu pada Timbalan Datok Seri yg kami rasa lebih bersih dan berupaya meningkatkan lagi sokongan rakyat pada parti kita UMNO. Jangan lah sampai nasi menjadi bubur baru hendak tergadah.
Kami sayangkan parti, tetapi kami tidak boleh menerima bebanan yang di bawa oleh Datok Seri.
JIka Pak Lah boleh berundur kerana ketidakmampuannya mentadbir negara, maka, kami tersangat berharap agar Datok Seri berundur kerana bebanan masalah akhlak yang Datok Seri bawa pada parti.
NAJIB MEMANG BAWA BENCANA PADA UMNO.
ReplyDeleteKALAU BN KALAH TERUK KALI NI, NAJIB HARUS DIPERSALAHKAN.
KAMI ORANG2 JOHOR MAHU NAJIB BERUNDUR DARI SEKARANG. KAMI MAHU TAN SERI MUHYIDIN.
Di alam maya ni...rev psyco tak jalanlah....
ReplyDeleteEngkorang hanya mempebodohkan diri sendiri.
HIDUP UMNO~Penerju negara!!