Pages

Wednesday, March 20, 2013

Rosmah Mansor - Saya Tak Bunuh Altantuya


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, keengganannya menjawab semua fitnah dan tohmahan yang dilemparkan ke atasnya selama ini kerana beranggapan jika dia berbuat demikian, ianya akan dibesar-besarkan atau disensasikan.

Rosmah hanya memutuskan untuk menjawab segala tohmahan itu setelah melihat semakin dia berdiam diri, semakin menjadi-jadi fitnah ditaburkan terhadapnya.

Luahan Rosmah disiarkan dalam buku biografinya yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed di Kuala Lumpur, Selasa. Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam buku berjudul “Biografi Rosmah Mansor”, Rosmah turut menjawab tuduhan dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu, cincin berharga RM24juta dan banyak lagi.

”Saya merasakan sikap mendiamkan diri, tak boleh. Bila tak jawab, semakin menjadi-jadilah fitnah terhadap saya. Bila tidak jawab mereka ingat saya takut. Saya tak takut. Saya boleh berhadapan dengan mereka. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama “membunuh diri sendiri,” katanya.

"Saya berada di bangunan Tabung Haji dari petang hingga malam. Ramai saksi saya berada di sana," memetik tulisan dalam buku 140 muka surat itu.

"Saya akan lari kalau cicak jatuh depan saya. Saya juga takut gelap. Apatah lagi nak panjat bukit di tempat pembunuhan," kata Rosmah.

Beliau juga berkata telah disoal selama enam jam di Bukit Aman atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Altantuya dipercayai telah diletupkan menggunakan bahan letupan C4 dalam sebuah hutan di Shah Alam.

Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah atas dakwaan membunuh penterjemah bahasa itu yang dikaitkan dengan skandal pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Mengenai skandal cincin berlian bernilai RM24 juta, Rosmah dalam biografinya berjudul 'Biografi Rosmah Mansor' berkata adalah menjadi kebiasaan bagi isteri perdana menteri untuk menerima perhiasan yang mahal dalam lawatan rasmi.

"Ketika menyambut tetamu, adalah penghargaan biasa bagi mereka untuk memberi hadiah sebagai peringatan. Antara hadiah ini termasuk cincin, jam, perhiasan. Sesetengah adalah sangat mahal dan dibuat khas," tulisnya lagi.

1 comment:

  1. Seperti Lahad Datu dan kes Altantuya hanya Anwar Ibrahim yang paling awal tahu...Kenapa atau skrip itu ditulis oled DSAI

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.