Pages

Friday, March 1, 2013

Senarai Pewira Negara Yang Terkorban Dan Cedera Dalam Mempertahankan Kedaulatan Negara


Gambar salah seorang dipercayai anggota komando VAT69 yang terkorban di Lahad Datu - Gambar bersama keluarga


Kemaskini..

Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga dua pegawai Komando 69 PDRM iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud yang terkorban dalam pertempuran dengan pasukan penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah pagi tadi.

Semoga anggota lain yang cedera iaitu Koperal Azman B. Ampong, Koperal Mohd. Tarmizi Hashim dan Koperal Mohd. Qaiyum Afzal Zulkifli agar segera sembuh daripada kecederaan yang ditanggung mereka kesan daripada pertempuran tersebut.

Sesungguhnya jasa mereka semua mempertahankan negara, agama dan bangsa tercinta daripada pihak musuh yang durjana ini tidak dapat diukur dengan ayat dan kata-kata.

Senarai nama anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di tangan dan kaki) ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).

2 comments:

  1. Wow bro info baik punya sgt cepat...tq AL FATIHAH BUAT MEREKA

    ReplyDelete
  2. Pada yg terkorban al fatihah say mgenali mereka dan yg cedera saya doakan cepat sembuh pada kprl mizi mu balik nnti aku nk dgr crita detik perjuangan mu n kwn2 jgn isau ank2 n fmly mu d sini smua ok

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.