Pages

Saturday, March 2, 2013

Simbol Salib & Reka Bentuk Buku Manifesto Pakatan Terus Jadi Kontroversi


Wujudnya satu logo berbentuk salib yang beridentiti agama Kristian dalam muka depan buku manifesto Pakatan pembangkang bertajuk “Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat” terus jadi kontoversi kerana menggambarkan satu percubaan terancang untuk meletakkan kesamarataan dalam beragama di Malaysia.

Menurut wikipedia agama di Malaysia, Islam adalah agama Persekutuan dengan bilangan penganutnya 61.4 peratus, diikuti dengan Budhha, 17.8 peratus dan Kristian berada di tempat ketiga dengan 9.2 peratus.

Selain itu, penganut Hindu, 6.3 peratus; Confucianism, Taoism dan lain-lain agama tradisi Cina, 1.2 peratus dan tidak beragama 0.7 peratus.

“Nampaknya penekanan diberi untuk Islam dan Kristus (yang mahu) disamatarafkan,” komen Gabriel Al Iman yang mengulas simbol-simbol dalam buku manifesto Pakatan itu.



Seorang lagi pengomen, Zapata mempertikaikan kenapakah simbol agama Islam tidak diterjemahkan dengan jelas berbanding dengan simbol salib, Kristian.

“Kubah sahaja tidak melambangkan Islam. Kita (kena) tengok balik asal usul kubah itu. Kubah terdapat dalam seni bina pelbagai masyarakat dunia, tidak kepada orang Islam sahaja.

“Apa yang pasti beza kubah masjid orang Islam adalah pada bulan sabitnya yang mempunyai bentuk yang spesifik berbanding dengan kubah rumah ibadat agama-agama lain.

“Soalannya di sini ada tak unsur agama Islam yangg jelas di dalam manifesto itu? Di manakah martabat agama Islam di dalam perjuangan PR?,”soalnya.

Zakir mempersoal tentang simbol ‘tapak tangan terbuka’ yang diulangi dua kali yang sering dikaitkan dengan kebebasan hak asasi manusia dan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

“Sebagaimana yang semua orang tahu, simbol tangan dikembangkan adalah sinonim dengan simbol hak asasi manusia atau kebebasan termasuk dalam urusan seks (baca LGBT).

“Justeru, adakah simbol sama yang disertakan dalam imej manifesto pakatan memungkinkan LGBT akan diiktiraf jika pakatan ditakdir memerintah Malaysia sekaligus mengetepikan sentimen agama dan sosiobudaya tanahair?, soalnya.

Selain itu, Zakir turut hairan dengan reka bentuk susunan simbol-simbol itu.

“Yang paling menimbulkan tandanya, apakah maksud kotak-kotak yang disusun secara menyenget berselang seli di antara warna jingga dan putih? Kenapa bentuk kotak-kotak, bukannya bulat?

“Untuk pengetahuan semua, corak kotak-kotak yang disusun secara berselang seli (hitam-putih) pada kedudukan menyenget (bentuk diamond) adalah corak lantai rumah Grand Lodge tempat pengikut-pengikut Freemason berkumpul.

“Justeru, mungkinkah fikrah Yahudi lahnatullah melalui pergerakan Freemasonry bakal dikembangkan jika ditakdirkan pakatan memerintah Malaysia?

“Terlalu banyak persoalan-persoalan yang memerlukan penjelasan di sebalik imej manifesto Pakatan. Dan siapakah yang sebenarnya yang menjadi dalang menjelmakan imej terbaru ini yang banyak menimbulkan misteri dan keanehan,”katanya lagi


Pengomen senior laman ini, Angela mengulas persamaan latar belakang reka bentuk buku manisfesto Pakatan yang berpetak-petak warna hitam-putih dengan reka bentuk mosaic, simbol lantai Temple Raja Salomo, lambang kehidupan manusia, berkotak-kotak baik dan jahat.

“Simbolik tahap tertinggi. Pertama perlambangan berkotak-kotak hitam dan putih (checkered) dengan simbol pertubuhan rahsia masonic yang juga boleh membentuk dataran set dan kompas.

“Kedua latar belakang (reka bentuk itu) adalah sejenis simbol rectangle Kristian,”katanya dengan memberi tiga pautan laman sebagai rujukan.

Tiga laman pautan Angela adalah ‘diagonal-fence-seamless-cross-from-circles-elements-background‘, ‘das.cross.tripod.com/swastika.12‘ dan
‘geometrica.20.tripod.com/SWASTIKA.’

Manifesto Pakatan Simbol Kristian ?

AIDC

2 comments:

  1. Kalau pandangan tu dh negatif,apa jua yg di lihat tetap negatif.Buku matematik yg berkotak-kotak tu pun klau ikut kn rencana ini,ada lh lambang salib.Kotak hitam putih,konon ny lambang Kristian!Mcm mana dgn papan dam haji yg bnyk di main kn oleh org kampung?Mcm mna plk cheaqured-flag yg saban tahun di guna kn di litar Sepang?Tidak nk di kait kn dgn Chritianity ke?

    ReplyDelete
  2. itu pun adalah satu drpd produk mereka dlm rencana melalaikan.
    ia sudah bermula sejak dahulu lagi memutar belitkan yg trg hingga menyilaukan mata sampai x nampak dan akhirnya membutakan..

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.