Pages

Thursday, March 21, 2013

TERHOT: Gambar 5 Pengganas Kiram Sewaktu Rundingan Di Awal Krisis Lahad Datu


EKSKLUSIF - Gambar 5 wakil pengganas yang dihantar untuk berunding dengan pasukan keselamatan semasa di awal Ops Sulu dahulu didedahkan. Foto eksklusif ini didedahkan oleh Portal My News Hub.

Yang pertama di atas, adalah lima daripada puluhan pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Ia diambil semasa awal-awal rundingan dijalankan antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas berkenaan.

Pada peringkat itu mereka boleh dilihat bersikap tenang, ceria dan seolah-olah yakin yang kemenangan sudah di tangan mereka.

Namun mereka lupa yang pasukan keselamatan kita tidak semudah itu menyerahkan tanah yang berdaulat ini begitu saja.

Dalam pertempuran tidak lama selepas itu, seorang demi seorang mereka yang di dalam gambar itu berjaya ditembak mati

Manakala gambar di bawah adalah bot milik pengganas yang telah dimusnahkan dalam serangan tentera pada 8 Mac di Kampung Tanduo.


8 comments:

  1. PERJUANGAN MEREKA IALAH UNTUK MENGAMBIL SEMULA TANAH ASAL MEREKA YG DIBERIKAN OLEH KESULTANAN BERUNAI. TANAH MELAYU HANYA "MEMAJAK" SABAH. APAKAH ORANG2 MELAYU TIDAK FAHAM BAHASA MELAYU? JANGAN JADI MANUSIA YG BURUK SIKU. JANGAN JADI PEROMPAK DGN MEROMPAK TANAH ORANG DGN CARA MENIPU.

    ReplyDelete
  2. Ko tau bhs english n sejarah x MACAI?
    Baca dulu sblm komen..piang btol ko ni

    ReplyDelete
  3. BILA ORANG MELAYU MEMPUNYAI OTAK PENIPU MAKA ISTILAH BAHASA ENGLISH "LEASE" & "RENT" PUN MEREKA NAK MENIPU TERJEMAHANNYA.

    INILAH YG DINAMAKAN MELAYU YG TAK TAHU MENGHORMATI BAHASA MELAYU. MELAYU YG MEMALUKAN MELAYU

    ReplyDelete
  4. mereka tu cuma macai aje. Sultan Sulu dulu masuk kristian dan duduk senang lenang kat manila (1760an). Lepas tu pajak/gadai Sabah kat British pasal tak cukup duit (1880an). Sultan sulu Kiram 2 bawak emas dan hartabenda Sulu ke Manila dan serah kat Amerika dan dikendalikan oleh Marcos dan senang lenang kat Manila (1936). Anakx Sultan Sulu ada 9 minta duit pajak/gadai dibagi samarata dan diputuskan oleh Mahkamah Borneo Utara (1939). Bila Malaysia ditubuhkan,rakyat Borneo Utara minta jadi sebahagian Malaysia dan seterusnya tugas bayaran pajak/gadai digalas oleh Malaysia (ini undangx antarabangsa yang terpaksa Malaysia ambilalih). Masa perdamaian MNLF dulu kenapa tak ditimbulkan pasal perkara ini dan bila MILF berdamai, baru lah MNLF/Sultan Kiram/Abu sayaf nak amik Sabah pulak. Masa Agbimuddin jadi DO Kudat kenapa tak bantu org Sulu dan claim sabah. Nur Misuari pula masa susah dulu kita bantu, bila senang jadi Gabenor, pecah amanah, bila susah salhkan Malaysia pulak. Membantu kumpulan MNLF/Nur Misuari dan Sultan Kiram 3 ni serupa seperti melepaskan anjing tersepit. Kumpulan ini bukanlah kumpulan Islam sejati tapi membesarkan tembolok sendiri. Senang lenang kat Manila, rakyatnya mati katak kat sabah dan orang sulu dikawasan Palawan, basilan, Tawi-tawi dan sekeliling merana disebabkan oleh tindakan Sultan dan Nur Misuari yang dah gila ni.

    ReplyDelete
  5. MANUSIA YG TAK TAHU MALU IALAH MANUSIA YG TIDAK PERNAH BETERIMA KASIH ATAS PERTOLONGAN SESEORANG. APABILA SESEORANG ITU TELAH MEMBERI PAJAK BERTERIMA KASIHLAH PADA MEREKA. DAH TAK RETI MALU KA MEMAJAK TANAH ORANG KEMUDIAN NAK BUAT MACAM HARTA SENDIRI DGN TIDAK MEMULANGKANNYA BALIK PADA TUANNYA?

    HANYA MANUSIA YG BERHATI PEROMPAK SAHAJA YG AKAN LAKUKAN PERKARA SEDEMIKIAN.

    ReplyDelete
  6. KAMUS BAHASA 1-MALAYSIA KINI:

    "PAJAK" = "LEASE" = PEMBERIAN HARTA EMPUNYA KEPADA SI PEMAJAK UNTUK DIMAJU DAN DIUSAHAKAN HARTA EMPUNYA DAN SECARA AUTOMATIK BOLEH DI ANGGAP SEBAGAI HAK MILIK KEKAL SI PEMAJAK TANPA BOLEH DIPULANGKAN BALIK PADA TUAN EMPUNYA SAMADA DGN CARA MENIPU ATAU MEROMPAK..

    ReplyDelete
  7. Sabah adakah hak org sabah...bulan hak sultan sulu yg tinggal di filipina...perjanjian dahulu samada ianya sah atau tidak akan terbatal secara automatik apabila rakyat sabah memilih untuk memasuki malaysia yang diiktiraf dunia Dan PBB...ingat sultan sulu perjanjian penyerahan sabah oleh sultan brunei tidak mendapat pengiktirafan dunia...itu adalah atas dasar syok sendiri Dan tidak mendapat persetujuan Oleh rakyat sabah ketika itu...saya sendiri sebagai org sabah tidak akan sesekali membenarkan sabah jadi murtat dengan memasuki filipina...sesunguhnya filipina itu negara kristian...Dan saya banga menjadi sebagian malaysia....

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.