Pages
▼
Wednesday, March 27, 2013
#TolakPAS Video Pembohongan PAS Bina 12 Buah Masjid Di Kedah
Dalam buku terbitan PAS Kedah bertajuk Sayangi Kedah, PAS Kedah telah berbohong dengan berkata bahawa mereka telah membina 12 buah masjid di Kedah. Sebenarnya kesemua masjid tersebut dibina oleh Kerajaan Persekutuan. Nama jer lebai PAS tapi kuat menipu puak ni! Hampehhh!
Terdahulu Pemuda UMNO Kedah yang di ketuai Badrul Hisham Hashim telah berjumpa dengan Pengarah Unit Penyelaras Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ( ICU ) bagi Negeri Kedah, Datuk Hj Azmi Lateh .
Perjumpaan tersebut adalah untuk mendapatkan kepastian berkenaan pembinaan 12 Masjid yang di katakan dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah seperti mana yang tertulis dalam buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera.
Dalam perjumpaan itu, Datuk Hj Azmi Lateh mengesahkan 11 dari 12 Masjid yang telah di bina dan yang masih dalam proses pembinaan adalah hasil peruntukan dari Kerajaan Pusat. Manakala baki 1 lagi Masjid merupakan hasil derma dari individu dermawan.
Menurut Badrul Hisham, Pihak Pemuda UMNO Kedah merasa kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS Kedah yang menipu rakyat Kedah melalui buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera.
Juteru dari itu Pemuda UMNO Kedah meminta Kerajaan Negeri Kedah memohon maaf kepada rakyat Kedah yang telah di tipu melalui buku Sayangi Kedah Sejahtera.
Video url: http://youtu.be/2LWIYBBY47s
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.