Pages

Wednesday, April 17, 2013

#PRU13 Fauziah Bukan Pejuang PKR Yang Sebenar


Hari ini, siapa yang tak kenal dengan Si Fuziah, Mantan Ahli Parlimen Kuantan ni. Nama dia mula menjadi gah apabila berjaya menimbulkan isu pembinaan kilang Lynas.

Tanpa isu yang sengaja digembar gemburkan bagi menghuru - harakan rakyat itu, sudah tentu nama Si Fuziah ini tidak akan dikenali oleh sesiapa pun.

Pada tahun 2010, Si Fuziah tu telah dinobatkan sebagai Naib Presiden PKR melalui pemilihan parti yang disifatkan sebagai berat sebelah oleh kebanyakkan ahli PKR sendiri.

Namun, tidak ramai yang tahu latar belakang Fuziah sebelum dia masuk menyertai PKR. Sejak bila dia mula aktif menjadi ahli PKR? Adakah sejak tahun 1998?

Adakah Fuziah terlibat dalam perjuangan Reformasi yang dicetuskan oleh Ketua Umum parti tersebut selepas dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Jawapannya tidak. Fuziah tidak pernah terlibat dalam perjuangan Reformasi. Nah! Mari kita bongkarkan salasilah Si Fuziah ni supaya semua orang tahu.

Fuziah mula mencuba nasib bertanding dalam Pilihan Raya pada tahun 1999 menentang Tun Khalid Yaakob yang kini menjadi Yang DiPertua Negeri Melaka ketika ini.

Namun, percubaan pertama Fuziah GAGAL apabila dia telah di'hancur'kan dengan majoriti sebanyak 7,361. Fuziah pada ketika itu mewakili Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia.

Hah! Jangan tak tahu pulak. Fuziah merupakan Ketua Wanita bagi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia atau singkatannya JIM. Apa itu JIM?

Menurut penjelasan yang diberikan melalui WiKipedia, JIM merupakan sebuah NGO yang memperjuangkan Islam di Malaysia yang didaftar pada 27 Julai 1990.

Visi JIM adalah untuk "membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020." Lebih kurang sama dengan PAS.

Cuma yang berbezanya, JIM merupakan NGO manakala PAS pulak merupakan parti Politik. Namun, bagi Fuziah perbezaan itu tidak menjadi satu isu buat dirinya.

Dulu Fuziah mempergunakan jawatannya dalam NGO untuk dijadikan platform bagi menonjolkan diri diarena Politik, jadi tak heran kalau hari ni dia buat benda yang sama.

Hari ini pun, dia hanya mempergunakan NGO yang membantah pembinaan kilang Lynas sebagai platform dia untuk menyebar luaskan propagandanya yang tersendiri.

Walaubagaimana pun, timbul satu persoalan. Jika dulu, Fuziah bergerak aktif dalam Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia yang sama macam PAS, kenapa dia masuk PKR pulak?

Kalau dasar dan perjuangan JIM lebih kurang sama dengan PAS, logiknya Si Fuziah tu akan memilih PAS sebagai pentas untuk dia bergerak dalam arena Politik.

Jadi, adakah Fuziah tidak percaya dengan perjuangan PAS walaupun asas dan dasar perjuangan JIM dengan parti itu hampir serupa?

Atau adakah PKR lebih utuh memperjuangkan Islam dari parti yang KONONnya memperjuangkan Islam selama hari ini? Persoalan itu perlu dijawab dan dijelaskan oleh Fuziah. Apa pasti, Fuziah BUKAN pejuang PKR yang sejati!!!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.