Pages

Monday, April 15, 2013

#PRU13: Perang Besar! PKR Jerantut Bantah Calon DAP Di DUN Damak


Panas! semakin hari semakin kusut puak pembangkang ni... terbaru berlaku perang besar di Jerantu.... Utusan Online melaporkan, berlaku perebutan untuk menjadi calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dalam kalangan pakatan pembangkang kini menular ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak.

Ia berlaku di antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila masing-masing ingin bertanding di kerusi tersebut.

Ketua Cabang PKR Jerantut, Rosli Ahmad berkata, spekulasi mengatakan pakatan pembangkang bakal meletakkan calon DAP iaitu Naib Pengerusi DAP Pahang, Koh Boon Heng bagi DUN Damak adalah sesuatu yang dibimbangi pihaknya.

Menurutnya, langkah itu tidak wajar kerana 58 peratus penduduk di kawasan berkenaan adalah orang Melayu dan peluang untuk pakatan pembangkang menang adalah dengan meletakkan calon Melayu.

"Kita sudah membuat penyelidikan sejak lima tahun lalu yang mana penduduk DUN Damak memerlukan pemimpin Melayu untuk memudahkan mereka terutama dalam soal majlis keagamaan.

"Kita juga kesal dengan dengan sikap pucuk pimpinan PKR Negeri yang seolah-olah tidak ada kuasa untuk meletakkan calon Melayu di DUN Damak ini kerana kita tewas tipis pada PRU-12," katanya yang ditemui pemberita di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.