Pages
▼
Wednesday, April 3, 2013
#PRU13: PKR Lembah Pantai Edar Borang Daftar Undi Palsu?
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantai didakwa melakukan gerakan pendaftaran pengundi baharu secara tidak sah apabila menggunakan borang palsu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memancing lebih banyak undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Mendedahkan perkara itu, bekas Pengarah Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, M. Parthiban mendakwa, strategi kotor yang menggunakan pelajar institut pengajian tinggi itu dikenal pasti bermula sejak 2009 dan dipercayai telah berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 pengundi baharu dalam kalangan penduduk.
Mengulas lanjut, Partiban juga tidak menolak kemungkinan gerakan itu turut melibatkan PKR peringkat Pusat yang dipercayai bertanggungjawab memindahkan maklumat pengundi termasuk meniru tanda tangan mereka ke borang asal SPR.
"Bagaimanapun, katanya, hanya pengundi yang cenderung menyokong pembangkang sahaja akan dipindahkan maklumat mereka ke borang asal dan didaftarkan sebaliknya, pengundi pihak kerajaan tidak didaftarkan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Partiban berkata, seramai 40 hingga 50 ahli PKR kawasan Parlimen itu dilaporkan akan keluar dari parti itu dalam masa terdekat. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.