Pages

Friday, April 19, 2013

#PRU13 PKR Letak Calon Tangkap Muat Lawan KJ #Rembau


Dalam keadaan kelam kabut PKR hari ini main tangkap muat, mengumumkan senarai calonnya untuk bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sehari sebelum penamaan calon esok.

Pengerusi Perhubungan PKR negeri Datuk Kamarul Baharin Abbas pada sidang medianya berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Telok Kemang yang disandangnya, selain bertanding di kerusi DUN Ampangan.

Beliau dijangka berdepan Ketua Penerangan MIC Datuk V.S Mogan dari Barisan Nasional yang diumumkan sebagai calon kerusi Parlimen itu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohd Nazree Mohd Yunus bertanding di kerusi Parlimen Kuala Pilah, sementara Pengerusi Jawatankuasa Kecil Guaman Pakatan Rakyat negeri Radzali A. Ghani, akan mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di kerusi Parlimen Rembau.

Biodata Hj Radzali Ghani facebook.com/radzali.ghani calon tangkap muat PKR yang akan bertanding melawan Khairy Jamaludin  calon BN di Parlimen Rembau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Keselamatan di sebuah bank tempatan. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Daerah.

Merupakan graduan Universiti Pertanian Malaysia.

Beliau dikatakan menetap di Taman Tuanku Jaafar, berasal dari Pahang.


Berikut ialah senarai calon PKR yang akan bertanding pada PRU13.

PARLIMEN

1. P129 Kuala Pilah - Mohd Nazree Mohd Yunus

2. P131 Rembau - Radzali A. Ghani

3. P132 Telok Kemang - Datuk Kamarul Baharin Abbas

DEWAN UNDANGAN NEGERI

1. N02 Pertang - Muhammad Syamwill Mertadza

2. N06 Palong - Rebin Birham

3. N07 Jeram Padang - Kumar A/L Thuraisingam

4. N13 Sikamat - Aminuddin Harun

5. N14 Ampangan - Datuk Kamarul Baharin Abbas

6. N15 Juasseh - Rosli Omar

7. N16 Seri Menanti - Tengku Zamrah Tengku Sulaiman

8. N18 Pilah - Mohamad Nazaruddin Sabtu

9. N27 Rantau - Aisah Lamsah

10. N29 Chuah - Chai Tong Chai

11. N32 Linggi - Rosman Jonet

12. N33 Port Dickson - Ravi A/L Munusamy

13. N34 Gemas - Karip Mohd Salleh

3 comments:

  1. Saya pengundi atas pagar merasa lega kehadiran calon bebas. Saya tak akan mengundi pkr dan bn

    ReplyDelete
  2. Kalau dah atas pagar. Duk je la atas pagar..buat apa lompat dari pagar.

    ReplyDelete
  3. Kalau benar-benar sayangkan parti dan demi kebaikan parti, calon tangkap muat seharusnya menolak pencalonan tersebut ...

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.