Pages
▼
Wednesday, April 24, 2013
#PRU13 #TolakPR - Letupan di Ceramah BN Nibong Tebal
NIBONG TEBAL – Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di sini Selasa malam.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa berusia 30-an itu dikejar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilapor stabil.
Beliau berkata polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian yang berlaku pada 10.15 malam itu, dan tidak menolak kemungkinan ia perbuatan khianat.
“Kita telah arahkan Unit Bom dan Forensik untuk menyiasat jenis letupan yang digunakan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Abdul Rahim berkata hasil siasatan akan dimaklum secara terperinci pada satu sidang akhbar secepat mungkin.
Terdahulu, majlis yang dihadiri 3,000 orang itu menjadi kecoh apabila orang ramai bertempiaran lari selepas terkejut mendengar satu letupan kuat pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan.
Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah.
Bagaimanapun, majlis yang bermula pada 8.30 malam itu diteruskan seperti biasa dengan kawalan ketat anggota polis dan berakhir pukul 12.30 malam.
Sementara itu, beberapa saksi kejadian yang berada berhampiran pentas ketika ditemui berkata mereka terkejut mendengar letupan kuat berkenaan dan masing-masing berlari menyelamatkan diri.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Micheal, 39, berkata sewaktu kejadian, beliau baharu tiba di lokasi kejadian dan hanya sempat mendengar ceramah kira-kira 10 minit sebelum terkejut dengan letupan itu dan menyelamatkan diri bersama isterinya.
Katanya, letupan itu sangat kuat seperti bom menyebabkan semua orang terkejut dan suasana menjadi riuh rendah sebelum beliau ternampak seorang lelaki cedera dan dibawa ke hospital.
Seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 58, berkata letupan itu dari longgokan sampah di belakang pentas.
“Letupan itu menyebabkan sampah berterbangan sehingga terpercik dan mengotori beberapa buah kenderaan, mujurlah serpihan bahan letupan itu tidak mengenai saya,” katanya.
Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow pula menyifatkan insiden itu mencemar nama baik demokrasi dan mahu segala bentuk amalan politik yang menjurus ke arah keganasan dihentikan serta-merta. – Bernama
Perancangan sulit DAP.
ReplyDeleteSamada saudara sedar atau tidak DAP telah merancang sejak dari penubuhannya untuk menjadikan negara ini sebagai ketuanan CINA. DAP telah mengambil alih peranan KOMUNIS yang telah digagalkan dalam usaha memerintah negara ini. DAP tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan yang telah memakmurkan orang CINA di negeri majoriti orang Melayu. Apa sahaja dasar untuk memakmurkan Melayu telah DITENTANG habis habisan sejak puluhan tahun lalu. Mereka tetap menganggap MELAYU BODOH bahawa kemajuan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah hasil dari cukai orang Cina. Mereka mengatakan Melayu boleh dibeli/rasuah dengan hanya secawan kopi dan paling tinggi bernilai RM50 kerana mereka tahu orang Melayu mudah lembut hati dan mudah terpedaya jika ada orang yang berbuat baik terhadapnya.
Kini mereka telah merancang untuk menguasai Gelang Patah, Pulai, Johor Bahru dan Kulai kerana kawasan ini lubuk emas untuk orang Cina. Siapa yang membangunkan kawasan ini jika bukan atas jasa dan keringat kepimpinan Melayu Johor. Jika matlamat DAP ini berjaya sudah pasti mereka akan membawa masuk ribuan Cina Singapura yang kelaparan tanah dan rumah ke lubuk emas ini. Akhirnya melayu akan dihalau keluar secara rahsia ke pinggir kampung. Ini telah berlaku di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. DAP telah memaksa PAS bertanding di Nusajaya untuk memecahkan undi Melayu Gelang Patah. Melayu pengkhianat dari PAS yang hanya bernilai secawan kopi
ini telah dengan bangga sanggup menggadaikan maruah bangsa. Dalam masa yang sama dihadapan orang cina DAP Bercakap dalam bahasa mereka mengatakan bahawa : MELAYU SAMPAH KITA TELAH BERSIHKAN DI PULAU PINANG DAN SEKARANG KITA MAHU BERSIHKAN SAMPAH MELAYU DI JOHOR. Saudara saudaru ku yang ada baki sedikit IMAN dalam dada...renung renungkanlah. Jangan sampai kita dihina dan diludah. Sayangilah diri kita..keluarga kita..agama kita...bangsa kita dan negara kita yang dirahmati ini. Sebarkanlah kepada keluarga kita...saudara kita...jiran jiran kita dan rakan rakan kita. Jika saudara sebarkan kepada 10 orang dalam tempoh satu jam ia boleh sampai kepada 1 juta umat Melayu.
sendiri bt tuduh pr yg bt..kah kah kah...politik kuno..
ReplyDeletehebat lakonan dan sandiwara...hidup pas dan pkr.....
ReplyDelete