Pages
▼
Friday, April 5, 2013
#PRU13 #TolakPR - Pakatan Janji Pendapatan RM4,000 Sebulan Benar Atau #ManifestoBukanJanji - Khairy
Ketua Pemuda UMNO, Khairy jamaluddin hari ini menyelar sikap pembangkang yang gemar bercakap bohong dan menabur janji bulan dan bintang kepada rakyat semata-mata untuk meraih undi pada pilihanraya nanti.
Berkata di laman facebooknya www.facebook.com/khairykj dalam manifesto mereka, Pakatan telah janji pendapatan setiap isi rumah di Malaysia akan naik sampai 4 ribu sebulan dalam 5 tahun pertama pemerintahan mereka.
Ini bermakna pendapatan isi rumah di Malaysia mesti naik hampir 22% dalam lima tahun. Dengar memang hebat tapi bila dirujuk kepada negara yang lain, baru kita tahu ini satu janji yang tak masuk akal.
Contohnya di China, negara yang membangun dengan paling pesat di dunia. Mereka hanya dapat meningkatkan pendapatan sebanyak 10%. Ini negara yang mencatat kadar pertumbuhan yang paling tinggi dalam dunia. Macam mana Pakatan nak dapat 22%?
Jangan percaya pada janji bulan dan bintang Pakatan. Kalau tak jadi, mereka akan kata, "Oh, manifesto bukan janji."
Antara "janji" yang paling tidak masuk akal Pakatan dalam manifesto mereka adalah bahawa setiap keluarga di Malaysia akan membawa pulang pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas penggal pertama pemerintahan Pakatan di Putrajaya.
Pakatan tidak menjelaskan bagaimana janji ini akan dilaksanakan. Mereka tidak bentangkan rancangan terperinci untuk menjana ekonomi, pelaburan dan pekerjaan.
Carta ini menunjukkan berapa pendapatan isi rumah di Malaysia perlu ditingkatkan untuk mencapai sasaran janji Pakatan. Pendapatan isi rumah perlu dinaikan hampir 22% pertumbuhan ekonomi mereka yang tertinggi di dunia di mana mereka hanya dapat meningkatkan pendapatan isi rumah sebanyak 10% sahaja.
Ini menunjukkan betapa janji Pakatan tidak berpijak di bumi nyata dan bertepatan dengan kata-kata mereka... Manifesto Bukan Janji!
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.