Pages

Monday, April 15, 2013

#PRU13 - Ulama Keluar PAS, Masuk UMNO... Tubuh Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf


Akibat terlalu bercelaru dan tidak konsisten terhadap perjuangannya, Pas semakin hilang sokongan ahlinya sendiri.

Trend penyokong pakatan haram khususnya golongan ulama dan tokoh agama kebelakangan ini menyertai UMNO jelas menunjukkan ada yang tidak kena dengan kepimpinan Pas.

Terbaharu, sebanyak 80 penyokong tegar Pas di Puchong menyertai UMNO seterusnya menubuhkan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf.

Ketua kumpulan itu, Yusof Mohamed memberitahu, kekecewaan utama yang membawa kepada keputusan mereka menyokong UMNO kerana Pas kini semakin jauh terpesong daripada ajaran Islam.

Beliau ditemui dalam Majlis Penyerahan Borang Keahlian serta Penubuhan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf di Kampung Seri Aman, Puchong, semalam, yang dihadiri Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman.

11 comments:

  1. Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  2. Toksah dok kelentong le bro.Kalau ada ahli agama dn ulama keluar dr PAS utk bersama UMNO bkn kerana prinsip atau perjuangan,tp imbuhan.Semua org tau UMNO bergelumang dgn rasuah, penyelewengan,salahguna kuasa dn mcm2 lg.Sdg kn Tok Guru Pondok pun blh dpt RM2 juta.UMNO cuma tau mengguna kn wang utk membeli individu2.PRU13 ini ada lh asas utk menyekat sumber kewangan mereka itu.

    ReplyDelete
  3. Ulamak masuk UMNO? Pergh!!!! Itu bukan ulamak laa bro tapi ULARMAK! Masyuk masyuk masyuk $$$$

    ReplyDelete
  4. anon 1:52

    bukti?? ada?? atau 3 juta ahli UMNO akan tuntut statement hang kat sana nanti...

    kalau tertekan pun xyah la wat fitnah...

    ReplyDelete
  5. Peh ini bukan gmbar kat kelantan..haha..lu mn ambik..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dah cakap kat puchong...tau baca ke tidak..?

      Delete
  6. Ulama' pondok tradisi di Kelantan telah menggempur kubu2 kuat PAS d Kelantan. Malahan dengan jelas mereka menyatakan mengundi PAS kali ini adalah haram!

    Abby Abadi dan Aisyah juga sedang menggempur kubu2 kuat UMNO... Mereka juga mengatakan mengundi UMNO adalah haram!

    Fikir2kanlah....

    ReplyDelete
  7. Baitul Dhuyuf ni geng PONDOK.

    http://baituldhuyuf.blogspot.com

    kalau geng pondok, geng tareqat, geng tabligh, geng Muhibbin dah tak berkompromi dengan PAS,

    faham-faham je lah, sape lagi yg tinggal dalam PAS tu.

    orang2 UMNO, diseru kalian, untuk merapatkan diri dgn Ahli-Ahli Agama yang IKHLAS,

    Bersama2 kita jiwa kita dan UMNO.

    ReplyDelete
  8. agak2 la korang ni . Yg tu memang Ulamak la . Dulu sokong PAS , tapi pas semakin terpesong . Takkan korang tak sedar? Kalau nak gambar betul , ni die . Kampung Seri Aman , Puchong , Selangor . http://3.bp.blogspot.com/-m9G755NVFJc/UWtLNdUBMcI/AAAAAAABdZ8/bbm3W70flgA/s640/69076_10151349119887373_212839554_n.jpg

    ReplyDelete
  9. Maaf mencelah yer, 80 orang tu bkn ulama tetapi pelajar2 pondok baitul dhuyuf. Ulama tu seorang iaitu guru yg mengajar. Tujuan masuk umno utk meneruskan pengajian pondok tanpa halangan dgn pihak kerajaan selangor skrg ni. Klu ada tujuan lain walahu a'lam.
    Saya baru berbual dgn salah seorang yg ada dlm gambar kat utusan tu pagi dan tebgahari tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk pengetahuan semua, pelajar2 tersebut bukanlah ahli PAS. Jumlah pelajar adalah 200 pelajar termasuk isteri dan anak2. Dah 8 tahun pondok ni yg dibina dgn sumbangan pelajar2.
      Menurut kwn saya tu pengajian mereka dihalang oleh kerajaan selangor.

      Delete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.