PRU13 kali ini menyaksikan pertarungan diantara dua ulama muda di Kangar....
Pertarungan merebut kerusi Parlimen Kangar, Perlis pastinya antara yang paling mendapat perhatian dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Ini kerana, ia akan menyaksikan pertembungan dua ulama muda yang mewakili perti berlainan.
Pakatan Rakyat akan meletakan Mufti Perlis, Dr Juanda Yahya manakala Barisan Nasional (BN) dijangka akan meletak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya.
Fathul Bari yang lahir di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 4 November 1980 memiliki latar belakang pendidikan seperti berikut;
-Maahad Tahfidz al-Qur’an, Negeri Terengganu (1996-1999)
-Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1999-2000)
-Fakulti Hadis dan Pengajian Islam, Universiti Islam Madinah peringkat ijazah Sarjana Muda B.A Hadith dan Pengajian Islam (2000-2004)
-Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Yarmouk Jordan peringkat Sarjana M.A Usuluddin (Hadith) (2005-2006)
-Fakulti Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia peringkat Doktor Falsafah Ph.D. Quran Sunnah (Hadith) (2007-2013)
Manakala Dr. Juanda dilahirkan di Sibu, Sarawak. Beliau dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi kekosongan jawatan Mufti Perlis bermula 27 Januari 2009.
Beliau telah melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Islam Kelang, kemudiannya menuntut di Universiti Al-Azhar dari 1991 hingga 1995 dalam jurusan syariah.
Desas-desus mengatakan Dr Juanda yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dilantik ke jawatan Menteri Agama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
Ini kerana kelayakan beliau lebih tinggi berbanding kalangan ulama PAS.
go ustaz. go. u the best.
ReplyDeleteustaz fathul ni hebat. aku suka prinsip dia.
ReplyDeleteHarap UFB dpt menggunakan segala peluang yg ada dgn jawatan dan amanah yg dipikul kelak utk mendakwahkan dan menyebar luaskan kebenaran dan kebaikan Islam kpd semua. Pity to the believer of religion of assumptions, doesn't know the truth, as they're not expose and not told about the truth.
ReplyDeleteprinsip apa...kalau UMNO buat salah..tak salah bagi dia ni...kalau PR buat salah ...rioh dia komen.....prinsip kangkong...
ReplyDeletenyonya mansor: cakap jangan macam tarbus... atas fakta apa anda kata begitu?
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=uzBK1rmJhSs
Tun M pun dia tegur, cakap jangan takda fakta, keja fitnah aja geng geng Pakatan Haram Jadah ni.
Tahniah ustaz Fathul menjadi calon.
ReplyDelete