Pages
▼
Wednesday, April 10, 2013
#PRU13 #Vote4BN Senarai Calon BN Diumum Dalam Masa Terdekat
Nama senarai calon dan pembahagian kerusi Barisan Nasional akan diumukan dalam masa terdekat, kata Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata proses terakhir persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk pembahagian kerusi dan calon adalah perkara yang kompleks dan perlu diberikan penilitian yang serius sebelum diumumkan secara rasmi.
“Saya telah mengambil kesempatan dan beberapa faktor yang kita ambilkira dalam penentuan kerusi dan calon supaya mereka faham proses ini adalah proses yang kompleks dan rumit.
“Untuk menentukan calon, pertimbangan yang adil bagi menentukan beberapa aspek, kita ada parti-parti lain yang perlu diambilkira, wanita dan lain-lain,” katanya kepada pemberita tadi selepas perjumpaan khas Pengerusi BN bersama lebih 2,000 pimpinan tertinggi BN melibatkan 220 Parlimen.
Najib selain itu berkata, pembahagian kerusi masih lagi menggunakan acuan 2008 dengan terdapat sedikit penyesuaian kerusi yang akan ditukarkan di beberapa kawasan.
“Kita masih guna acuan 2008 dengan sedikit penyesuaian yang kita ambil kira PRU12 untuk pasti kita boleh menang.
“Bilangan kerusi sama cuma ada beberapa kerusi yang ditukar,” katanya.
Dua kriteria calon boleh menang bakal menjadi pertimbangan utama Barisan Nasional (BN) iaitu kebolehan diri sendiri pemimpin tersebut dan juga penerimaan para pengundi di kawasan yang diwakili dalam PPRU-13.
Perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tengah hari ini berkata,
"Objektif utama ialah menubuhkan kerajaan dan bukannya tumpuan untuk menjadi calon.
"Dan kalau ada yang tidak terpilih itu, kalau pun dia merajuk cukup setakat 24 jam sahajalah. Lepas itu turun membantu jentera," katanya.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.