Pages

Saturday, May 11, 2013

Azmin U-TURN Sokong Khalid Jadi MB


Ini satu kejutan...semalam Jumaat bunyinya macam guruh seolah tiada maaf bagimu...tiba-tiba petang Sabtu ,Azmin Ali sudah U-Turn.Timbalan Presiden PKR itu kata beliau sokong Tan Sri Khalid Ibrahim terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam tweet terbarunya sekitar jam 4 petang Azmin tulis : 'Kita harus menyokong Khalid untuk kekal. Fokus saya kini adalah menjadi Ahli Parlimen yang efektif.'

Setakat ini tidak dapat dipastikan apa yang membuat Ketua PKR Selangor itu tiba-tiba hulur salam persahabatan balik kepada Khalid.Dalam sidang akhbarnya di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya Jumaat Azmin secara terbuka kritik cara pentabiran Khalid sebagai Menteri Besar.

Sumber-sumber PKR menilai langkah mengejut ini mungkin kerana Azmin dapati beliau tidak dapat sokongan langsung untuk bangkang Khalid dilantik sebagai Menteri Besar.

DAP dan PAS solid di belakang Khalid.Begitu juga kebanyakan pemimpin utama PKR.

Dalam pada itu reaksi dan komen dalam blog,facebook dan twitter pro pakatan jelas tidak begitu menyebelahinya.

Kebanyakan komen-komen belasah Azmin sakan dan menuduhnya sebagai pengacau dan menjatuhkan imej pakatan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng beritahu wartawan pagi Sabtu beliau berharap isu jawatan Menteri Besar Selangor dapat diselesaikan segera.

Beliau bimbang kemelut itu boleh hakis kepercayaan kepada pakatan.

-Agendadaily

8 comments:

  1. komen aku..kah kah kah kah kah kah.....semalam simadu nya dah bagi bancuhan baik punya kut..

    ReplyDelete
  2. Iblis tak pernah bergaduh sesama sendiri.

    ReplyDelete
  3. Mesti ada habuan lagi tu. Hehehe...

    ReplyDelete
  4. Aku setuju mesti ada habuan dari al-jubri... bagi air kot... !

    ReplyDelete
  5. Kan dah betul...depa dok bergocoh sama sendiri n at the end of da story
    SEMUANYA SALAH UMNO....

    muahahahahahahahaahhahahahah...

    manyak hamsap punyer toleh aiskelim...

    ReplyDelete
  6. Lepas ni Azmin akn diliwat oleh Anwar ..Azmin ni xberpendirian langsong,ckp xserupa bikin mcm paria

    ReplyDelete
  7. Alahai...belaan anuar..dia tau cara nk jinakkan dia ne...bagi mkn kenyang2 diam la....dah lama anuar bela dia kn anuar x tahu nk jinakkan dia ne...

    ReplyDelete
  8. Aku rasa Anwar pertaruhkan jawatan Presiden PKR untuk Azmin. Jawatan tu 100 kali lebih penting dan besar utk Azmin berbanding MB Selangor. Kita tengok apa akan jadi.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.