Pages

Monday, May 13, 2013

Khairy Jamaluddin Antara Nama Yang Disebut Dalam Barisan Kabinet Najib!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyenaraikan beberapa muka baharu dalam barisan Kabinet yang mungkin diumum esok.

Antara yang disebut-sebut bakal menganggotai Kabinet kali ini ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Besut, Datuk Idris Jusoh; Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan.

Pelantikan itu ekoran kekalahan beberapa menteri dan timbalan menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Menteri yang kalah ialah Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar), Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan), Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) serta Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti).

Sementara itu, kekosongan juga berlaku bagi jawatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (Datuk Seri Dr. Rais Yatim); Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) dan Menteri Pelancongan (Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen) apabila mereka tidak mempertahankan kerusi masing-masing.

PRU-13 turut menyaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berpindah daripada Parlimen ke Dewan Undangan Negeri.

Empat timbalan menteri yang tewas pula ialah Datuk Liew Vui Keong (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dr. Mohd. Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran), Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Tan Lian Hoe (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

Berikutan kekosongan jawatan menteri tersebut, beberapa timbalan menteri yang menunjukkan prestasi memberangsangkan dijangka dilantik sebagai menteri.

Dalam masa sama, Kabinet kali ini kemungkinan akan menyaksikan kemunculan beberapa kementerian baharu ekoran keperluan dan desakan oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam pada itu, pandangan umum turut tertumpu kepada kedudukan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri sama ada dikekalkan atau akan bertukar portfolio.

Sementara itu, kekosongan jawatan menteri yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menjadi tumpuan.

Jawatan tersebut kini disandang sementara oleh Perdana Menteri sendiri.

Nama pengganti yang disebut-sebut memegang portfolio itu terdiri daripada mereka yang berwibawa dalam memperjuangkan hak wanita seperti Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique atau Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri.

Pelantikan ahli Kabinet dalam pentadbiran Najib penggal ini juga menimbulkan persoalan sama ada wakil MCA dan Gerakan yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) tersenarai. Ini berikutan prestasi buruk kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun, dalam berteka-teki mengenai senarai barisan Kabinet, Perdana Menteri dilihat akan memberi keutamaan kepada calon yang menang pada pilihan raya umum lalu selain memastikan kehadiran mereka diterima rakyat.

Dalam hubungan ini keutamaan kepada calon-calon BN yang menang di Sabah dan Sarawak juga dilihat akan diberi perhatian sewajarnya. -UM

9 comments:

  1. TAWAR HATI BILA KHAIRY DILANTIK MENTERI.

    ReplyDelete
  2. Tahniah KJ... KJ mmg layak!

    ReplyDelete
  3. letaklah yang ahli/pakar dalam bidang masing2.

    sy yakin pengurusan akan lebih mantap dengan bermenterikan individu yg benar2 pakar dalam bidang tugasnya...
    jangan main tangkap muat je.

    ReplyDelete
  4. Guar rasa hati gua tidak tawar tetapi akan merasa manis jika KJ dilantik menteri.... Gua melihat kebenranian dan kejituan KJ dalam masa berdebat dengan abang yang lembut Rafizi dan juga keberanian yang berfakta KJ ketika berdebat dengan old aunty Ambiga. Gua tidak nampak lain-lain pemimpin kerajaan yang berani menghadapi cabaran berdebat lol... sejak itu gua yakin yang KJ adalah seorang yang bijak dan berani... oleh sebab sedemikian gua merasakan sepatutnya kita berilah sokongan yang padu jitu kepada KJ..

    ReplyDelete
  5. Pokoknya, semua menteri jangan lupa daratan. Mengejar habuan seolah-olah tak yakin akan menang PRU yg akan datang atau tiada lagi eaok. Kita tahu dan akan tahu tabiat2 Menetri. Setiap rasuah akan menghancurkan harapan bangsa. Rakyat telah memilih, jalankan tanggungjawab. Jangan hanya harapkan di hormat sebagai Dato dan sebagainya. Tak ada makna pangkat dan kehormatan jika tak jujur. Mesra BN.

    ReplyDelete
  6. Perbualan dengan young professional Cina dan Melayu, kebanyakannya suka K.J. Tetapi cerita-cerita lama, jangan lah berulang.

    ReplyDelete
  7. Najib mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Tun Mahathir apabila menjemput Anwar sertai UMNO. KJ akan bertindak seperti Anwar dan Zaid Ibrahim - konon nya demi keadilan dan kesamarataan. Najib bakal menerima nasib seperti Pak Lah (PM tidor)

    ReplyDelete
  8. PETALING JAYA: The idea of ending race-based politics by merging Umno, the MCA and MIC as part of Malaysia’s reconciliation effort after the general election should be explored by Barisan Nasional, said Rembau MP Khairy Jamaluddin.
    KJ sudah mula berkokok......

    ReplyDelete
  9. Bila masa pun wa tetap dengan kJ... the last warrior

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.