Pages
▼
Wednesday, May 1, 2013
Malaysiakini Ramal Nurul Izzah Tewas Di Lembah Pantai ?
Daripada seorang ‘bintang’ kini telah bertukar menjadi ‘underdog’ di Lembah Pantai, begitulah rumusan portal pro-pembangkang, Malaysiakini yang merujuk kepada penyandang kerusi itu, Nurul Izzah Anwar.
“Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sedang menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan kerusi Parlimen Lembah Pantai yang disandangnya menentang Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan calon Bebas Rusli Baba dalam persaingan tiga penjuru.
“Masalah utama bagi Nurul Izzah, 32, ibu kepada dua anak, apabila terdapat 16,500 pengundi baru di kawasannya – yang beliau yakin 5,000 daripadanya pengundi hantu kerana tidak boleh dikesannya, “lapor Malaysiakini yang mula meletakkan kambing hitam -pengundi hantu- satu alasan semborono tanpa bukti konkrit.
Sepatut Raja Nong Chik sebagai ‘underdog’ dan bukannya Nurul Izzah, namun kini strategi diterbalikkan.
“Walaupun sebagai penyandang, Nurul Izzah kini dilihat sebagai calon underdog atau bukan pilihan menentang jentera besar dan bertenaga Raja Nong Chik, yang juga mempunyai reputasi baik berkhidmat kepada rakyat pada masa mudanya.
“Raja Nong Chik, 60, pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai sekitar tahun 80-an.
“Malah, gambar-gambar lamanya yang menunjukkan beliau menolong orang ramai, seperti mangsa banjir dan kebakaran di setinggan masih boleh dilihat sampai hari ini.
“Beliau juga dilihat sebagai pemimpin akar umbi,” lapor portal itu lagi.
Sebelum ini, portal yang sama pada 29 April melaporkan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula risau dengan prestasi anaknya, Nurul Izzah sebaik sahaja penamaan calon di Lembah Pantai bermula.
“Nurul Izzah (mesti) bekerja keras dua kali ganda memandangkan semua kekuatan yang menentangnya,” kata Anwar dalam sidang media di Petaling Jaya.
Bekas Setiausaha Politik Zuraida Kamaruddin, Fareez K. Intidzam dilaporkan FMT berkata Nurul izzah adalah seorang yang sangat bijak memanipulasi keadaan dan rakyat dengan berbekalkan peribadi santun dan Islamik walhal hakikatnya moralnya adalah sangat buruk.
Menurut beliau, umat Islam harus kenang kembali bahawa Nurul Izzah secara terbuka pernah menyokong pelaksanaan akta kebebasan beragama dan hak LGBT andai Pakatan menang kelak.
Sebagai seorang Islam, tambah beliau setiap umat Islam sama ada ahli PKR, PAS, Umno hatta DAP sekalipun harus sedar bahawa setinggi mana inspirasi politik, kedaulatan Islam tidak sepatutnya diinjak-injak sewenangnya.
Fareez juga mendakwa, indeks pencapaian prestasi (KPI ) khidmat Nurul Izzah kepada penduduk Lembah Pantai juga layak dipersoal.
-AIDC
Bagusnya kalau anak dan bapak kalah. Jangan pulak salahkan UMNO atau BN rajin kempen tapi malas buat keje untuk rakyat
ReplyDeleteIzzah tak layak jadi wakil rakyat. Orang pandai menilai kejujuran dalam perjuangan. Izzah boleh rehat jaga ayah....
ReplyDeleteNurul Izzah kan seksi, kurang-kurang jadi pengubat asmara.
ReplyDeleteNurul Izzah Boleh jadi tukang jual Kuat untuk PAS. Gerenti laris Pemimpin2 PAS akan akan menjadi pelanggan tetap bukan ubat kuat tu saja tapi melanggan Nurul Izzah sekali.
ReplyDeleteBiar tolungkop keluarga kau dan pergi berambus dari Tanah bertuah ini.
ReplyDeleteNurul izzah ada aura dia tersendiri..kite tgk sape yg kena!!!
ReplyDeleteBagi aku baik umno atau pakatan kalau pandai air liur saje tak payah lah masuk politik cari kerja lain spt juruacara radio(DJ) Events M.C ,pensyarah (Kalau ada masters keatas), sebab stakat sepenggal je nak buat ape..
ReplyDeleteSalam perjuangan brojinggo, mohon utk pautkan blog sy inihttp://aktiviskepayangjr.blogspot.com/ kedlam bloglist sdra, blog sdra telah sy pautkan.. terima kasih..
ReplyDeleteOh, nurul izzah.!.....kau sepatutnya berperangai baik kerana kau tu ayu.....aku teringin sekali....tapi sayangnya kau milik orang.....jika kau milikku, akanku didik kau jadi seorang wanita ........., ........., ........... kepada .............., .............., dan .............. .
ReplyDelete