Pages
▼
Wednesday, May 8, 2013
MB Selangor: PAS Ugut Keluar PR Jika Wakilnya Tidak Dilantik
Siapa yang akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor sehingga kini terus menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi selepas Pengerusi PR Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu.
Kenyataan bekas MB Selangor itu memberi satu makna jelas mengenai ketidaksepakatan yang sedang dihadapi PR tika ini dalam menentukan calon yang sesuai untuk jawatan MB selain mengesahkan berlakunya perebutan jawatan itu sesama rakan sepakatan.
Tika ini perebutan jawatan itu berkisar antara PKR sesama PKR melibatkan Khalid dan Azmin Ali, di masa yang sama PAS pula menuntut hak ke atas jawatan MB berasaskan kelebihan yang mereka miliki berbanding PKR.
Dari segi kedudukan, Khalid kelihatan mempunyai peluang untuk mengekalkan jawatan tersebut sekiranya mendapat sokongan Azmin, bagaimana pun realiti yang berlaku tidak semudah itu kerana Azmin juga agak kemaruk untuk merasai keempukan kerusi MB Selangor.
Dalam PRU-13 yang baru berlalu, PR berjaya meraih kemenangan di 44 kerusi DUN dari 56 yang dipertandingkan di mana 15 dimenangi oleh PAS, diikuti DAP 15 sementara PKR pula hanya berjaya mempertahankan 14 kerusi DUN. Manakala BN pula hanya menang di 12 kerusi DUN.
Dari konteks ini jelas sekali, jawatan MB lebih layak disandang oleh pemimpin PAS. Tambahan pula PAS mempunyai kelebihan tersendiri kerana semua 15 wakilnya adalah Melayu Islam berbanding PKR yang hanya 9 orang sahaja terdiri dari pemimpin Melayu Islam.
Pun begitu, DAP selaku regu utama PKR tentu sahaja tidak akan membiarkan jawatan MB jatuh ke tangan PAS kecualilah terdapat seorang calon dari PAS yang mudah dicucuk hidungnya sama seperti bekas MB Perak, Nizar Jalamaluddin barulah mereka akan menerimanya dan memberi sokongan padu.
Berikutan polemik yang berlaku, sudah ada ura-ura di kalangan pemimpin PAS Selangor mengugut untuk menarik diri dari PR seandainya wakilnya tidak dilantik sebagai MB. Jika itu menjadi kenyataan, maka baik Khalid mahu pun Azmin Ali akan gigit jari sendiri.
Menyedari keributan yang berlaku mungkin memudaratkan PR maka Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali segera memberi jaminan PAS tidak akan menuntut jawatan tersebut dari PKR meskipun di masa yang sama gerakan sulit untuk memastikan jawatan MB dimiliki wakil PAS terus berjalan.
Apa yang pasti, keributan yang berlaku di Selangor sekarang ini tidak hanya akan menguji sejauh mana kesepakatan PR, ia juga akan menjadi tanda aras untuk PAS Selangor dalam menonjolkan kepentingan mereka dalam menentukan percaturan politik negeri terkaya di Malaysia ini.
sudah2 le buat fitnah....
ReplyDeleteTolong hormat pada PAS , Sebelum ni MB dari PKR kerana menang banyak kerusi , kali ni berilah peluang pada PAS pula yg jadi MB ,kata parti pakatan , steadylah
ReplyDeletesudah l nak jadi batu api pun dah xleh nyala.anonymous 5.55:cara lu pikir lu xde standardla.kalau mau juga jawatan mb tu sejarah kedah dan terengganu akan berulang.kehebatan khalid menangkis semua fitnah umnola yg buat pr menang bergaya.
ReplyDeletealhamdullilah ... berkat doa guru yang agung lagi suci dan mempunyai karamah yang tak terbilang ... maka puak-puak yang batil akan dan pasti berpecah-belah. marilah kita terus bermunanjat dengan keberkatan doa TGNANM semoga dengan keberkatan doa kita dan doa TGNANM maka makin cepatlah puak yang batil itu berpecah-belah dan insyaAllah akan hancur berkecai dilanda tentera ah-zab.
ReplyDeletehentilah buat fitnah wahai penulis yg boleh dikatakan bengong.aku rasa penulis ni barua umenongok.ugut apanya sebab Pas pusat dah buat keputusan tak akan ganggu soal perlantikan MB.
ReplyDeletePAS HANYA LAYAK SEBAGAI BALACI DAN KUDA TUNGGANGAN DAP.
ReplyDeleteJAWATAN MB DAN EXCO HANYA LAYAK UNTUK DAP DAN PKR KERANA MEREKA BIJAK.
PAS UMPAMA KUDA.
MANA LAYAK MEMEGANG JAWATAN EXCO.
EXCO UNTUK MANUSIA YANG BIJAK SAHAJA.
BABAI PAS..
Macai peduli apa sapa jd mb, yg pnting kepentingan rakyat diutamakn, bkn kroni!
ReplyDeleteHebat betul, saudara/i ini ahli PAS, DAP or PKR? Saya melihat dari konteks positif, mereka memberi ruang untuk demokrasi iaitu memilih MB dari terus meletakkan seseorang memonopoli sesuatu jawatan sehingga jadi gila kuasa, gila pujian.
ReplyDeleteMacam Kat Perak pada 2008 hanya MB sign surat saja tetapi duit DAP pegang..Bijak Bijak....melayu/Islam miskin juga akhir x maju...jadi operator kilang boleh ler
ReplyDeleteLagi bodoh ada Melayu pakai serban jubah baring tgh jalan, tp dalang nya DAP. Senang nya kena tipu.
ReplyDeleteSALAM SEMUA, UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, INI LAH YANG JADI KAT KELANTAN 23 TAHUN DULU. DAN, KEMBALI BERULANG KPD SELANGOR. KELANTAN PD TAHUN 1990 DULU, BILA PEREBUTAN KERUSI MB DAN TMB DI ANTARA PAS DAN SEMANGAT 46 DLM 'APU'( ANGKATAN PERPADUAN UMMAH ). KECOH DI KOTA DARULNAIM BILA KEDUA2 JAWATAN ITU D KATAKAN PAS YG BERHAK. WALHAL SEBELUM ITU, SUDAH ADA PERSEPAKATAN BAHAWA JAWATAN MB OLEH PAS DAN TMB OLEH S46. LAST2, APA JADI ? PAS TAMAK INGINKAN KEDUA2NYA SEHINGGA TERPAKSA DILANTIK 2 TMB DI MANA SEORANG DARI PAS DAN SEORANG DARI S46. DARI TITIK ITULAH, PAS MULA BERTAPAK DI KELANTAN DENGAN SINGKIRKAN S46 SEDIKIT DEMI SEDIKIT. SEHINGGA RAMAI AHLI S46 MASUK PAS ATAU KEMBALI KPD UMNO. TKASIH.
ReplyDelete