Pages

Wednesday, May 22, 2013

Pencerobohan Lahad Datu : Pembangkang Serah Wang Kepada Pengganas 7 Feb – Tentera Filipina


Kuala Lumpur: Penyerahan wang oleh ahli Parlimen pembangkang kepada kumpulan pengganas Kiram di Manila, yang dikesan perisikan tentera Filipina adalah sebahagian daripada bukti kukuh pembabitan pembangkang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.

BH difahamkan urusan membawa dan menguruskan sejumlah besar wang tunai itu diarahkan oleh seorang individu berkepentingan dari negara ini berlaku pada 7 Februari, iaitu dua hari sebelum pencerobohan pada 9 Februari.

Urusan penyerahan wang pada 7 Februari dipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku,” Sumber BH

Dapat diintip, direkod

“Urusan penyerahan wang pada 7 Februari dipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku,” katanya.

Pasukan perisikan negara berkenaan juga menerima maklumat bahawa kumpulan pengganas mula menyerahkan wang kepada ahli keluarga terdekat mereka sebagai belanja sebelum mereka menceroboh Sabah.

Sumber itu juga berkata: “Isyarat makin jelas apabila lagu Sabah Nak Hilang mula didendangkan dan dinyanyikan dalam siri ceramah pembangkang seolah-olah sesuatu akan berlaku di Sabah,” katanya.
Katanya, tujuan utama lagu itu dinyanyikan adalah untuk mengalihkan tumpuan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini ke atas Sabah, pihak yang harus dipersalahkan adalah Kerajaan Pusat sedangkan pada masa sama rancangan jahat menceroboh Sabah sedang dilakukan oleh pembangkang.

Pada 9 Februari, kumpulan pengganas Kiram dikesan memasuki Pantai Timur Sabah, iaitu hari yang sama dua Ahli Parlimen pembangkang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tiga hari kemudian, lebih 150 orang pengganas lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjata api dikesan memasuki kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sudah peroleh bukti

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah memperoleh semua bukti berkaitan pembabitan tiga pemimpin pembangkang dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Semua bukti dijangka dikemukakan kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat. untuk tindakan susulan selepas PDRM dan ATM membuat penelitian dari segi undang-undang untuk memperkuat hujah di mahkamah – Berita Harian

13 comments:

  1. apo laei??? tangkap copek pengkhianat tu.... lucut kerakyatan... gantong sampai mampos.

    ReplyDelete
  2. Semoga AG xmenganiayai rakyat Malaysia dgn mmfreezekan kes ini....

    ReplyDelete
  3. hukum mati!!!!, hukuman matik!!! hukuman mati!!!

    ReplyDelete
  4. AG...hang Islam...umuq hang pun bukan muda lagi...laksanakan tugas dgn segera....bukti telah byk jgn menafikan bukti..jgn mengatakan.bukti belum cukup...kecualilah kalau hang tak takut mati tak takut berjumpa Allah....

    Dah tau akan mati masih menipu
    Dah tau akan mati masih melakukan kejahatan
    Dah tau akan mati masih bertuhan duit
    Dah tau akan mati masih gila kuasa

    Itulah manusia yg merasa hidup tak akan mati. Semua kita akan mati menghadap Allah..

    ReplyDelete
  5. Klu pemimpin almaunah boleh dihukum gantung...insiden kali ini lbh dashyat krn meragut 10 wira negara dan menimbulkan ketegangan di sabah...
    JALAN TERBAIK...HUKUM GANTUNG SAMPAI MATI!!!!
    JADI PENGAJARAN KPD SEMUA RAKYAT MALAYSIA DAN NEGARA LUAR YG CUBA MELIWAT KEDAULATAN NEGARA.!!!!!

    ReplyDelete
  6. kalau peguam negara tak buat tindakan ke atas 3 orang ni maka keputusan mahkamah tidak adil kepada almaunah menggantung sampai mati krn kesalahan membawa penceroboh ke lahad datu jauh lebih dasyat dari kes maunah..10 jiwa pahlawan melayang.

    ReplyDelete
  7. Skrip mcm kes liwat satu je..tk ada apa faedahnye nk pr nk sokong penganas kat sulu dan lg pun kampung jauh dari bandar..malaysia timur apa ada?klu betul pr nk porak peranda negara,depa akan suruh penganas masuk kut malaysia barat terutama pantai barat ikut laluan PATI, apa ada hal..lg best banyak bandar kat sebwlah sini..

    ReplyDelete
  8. Malaysia ada polis tentera perisik perisik yg hebat sb..itu belum lg jet kapal selam bot laju..tp mcm mana boleh kena ceroboh..bukannye negeri tu pr yg perintah!!!

    ReplyDelete
  9. Apalah bodoh kau ingat senang ker nak jaga sempadan......tu kt usa...sempadan dgn mexico...hari2 org lepas seludup masuk usa....lg ada tech canggih....

    Macai anuar dah mari.....

    ReplyDelete
  10. Perisikan Filipina!Perisikan Malaysia mana?Kalau Filipina dh tau,mereka akn sampai kn maklumat kpd Malaysia.Tak ada ny dia org nk memalu kn negara mereka dgn tindak tanduk rakyat mereka.Rakyat Malaysia cuba di perbodoh kn dgn lagu.Dlm kes Al Maunah lagu juga.Lagu "Getaran Jiwa"membuat kn org2 yg nk berjihad,mengalir kn airmata dn menyerah diri.Kalau runtuh London Bridge,mampuih budak2 Tadika di seluruh dunia krn lagu"London Bridge is falling down" ada lh BUKTI sahih mereka tahu tentang komplot nk meruntuh kn London Bridge.Dey Macha,pakai akai la sikit!

    ReplyDelete
  11. takkan tak tahu...sbb tu la btk sagant 505...sbb nak penyokong merusuh klu ditangkap...

    ali

    ReplyDelete
  12. Mesti lepas punya lar... loyar pembangkang lagi hebat dari peguam negara... tapi mana la nak tahu, kali ni peguam negara dapat ilham dari sembahyang istikharah ke...

    ReplyDelete
  13. Dia cuma nak sabah tak terlibat pru13 supaya jumlah kerusi utk bn akan jatuh itu saja... sebab tu pr rancang benda ni

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.