Pages
▼
Thursday, May 16, 2013
Wakil Kaum Cina Dalam Kabinet, Bukti DS Najib Hargai Masyarakat Cina
Walaupun sebahagian masyarakat Cina di negara ini telah berpaling tadah dengan kerajaan dan memilih pembangkang dalam Pilihan Raya 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap tidak melupakan komuniti tersebut dengan melantik dua wakil Cina untuk mengisi barisan Kabinet baru yang dibentuknya.
Tindakan itu secara langsung membuktikan Najib tidak pernah sekalipun meminggirkan komuniti tersebut walaupun telah menikam kepercayaan BN terhadap mereka dari belakang.
Ia juga menunjukkan penghargaan perdana menteri terhadap sumbangan kaum itu dalam pembinaan negara berbilang kaum yang memerlukan penyertaan setiap bangsa dalam pentadbiran negara bagi membolehkan kemajuan negara diteruskan tanpa sebarang sekatan.
Dengan keputusan MCA dan Gerakan tidak sedia menerima sebarang jawatan dalam kerajaan, masyarakat Cina dalam Kabinet kini diwakili Senator Paul Low Seng Kuan dan Mary Yap Kain Ching, anggota Parlimen Tawau.
Mary Yap dari Parti Bersatu Sabah, adalah bekas guru dan pernah dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan pada 2012.
Sementara itu, Presiden Transparency International Malaysia Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Paul Low, 67, adalah juga seorang tokoh korporat terkemuka, dengan memegang pelbagai jawatan berprofil tinggi, termasuk sebagai pengarah urusan kumpulan Malaysian Sheet Glass Sdn. Bhd., dan presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai anggota Majlis Ekonomi Kebangsaan (MTEN), Majlis Tindakan Ekonomi Kebangsaan (NEAC), Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan anggota Jawatankuasa mengenai Etika dan Integriti.
Prof Dr Teo Kok Seong dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kenyataannya berkata menerusi perlantikan itu, Najib sebenarnya menghulurkan salam muhibah kepada kaum Cina walaupun majoriti mereka tidak mengundi BN.
Beliau berpendapat suara kaum Cina dalam kerajaan adalah amat penting. Ia bukan sahaja mencerminkan asas pelbagai kaum dalam Barisan Nasional tetapi juga suara kaum Cina hanya efektif jika diwakili kaum itu sendiri.
Dua wakil Cina yang dilantik Najib adalah Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang akan dilantik sebagai Senator dan Anggota Parlimen Tawau, Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi wakil parti bagi PBS.
Berbeza dengan Pembangkang, Najib tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai PM untuk semua bangsa walaupun komuniti Cina menolak BN dan memilih Pakatan Rakyat selepas dihasut dakyah jahat DAP.
Pakatan Pembangkang pula sebaliknya hanya menjadikan rakyat sebagai batu loncatan untuk mereka mendapatkan kuasa tanpa sebarang perkhidnatan untuk rakyat. Mereka juga lebih gemar beretorik dan fitnah-fitnah yang memutar belit fakta sehingga memporak perandakan hubungan sesama kaum di dalam negara ini.
Ia dibuktikan dengan tindakan DAP memainkan sentimen perkauman ketika berkempen di kawasan Cina seolah-olah mereka akan menghapuskan hak istimewa Melayu sekiranya memerintah di hadapan penyokong Cina mereka....
Apa yang dilakukan DAP itu jelas menunjukkan mereka bakal mencetuskan tragedi yang tidak diingini sekiranya penyokong-penyokong parti berbalah dengan keadaan yang kritikal.
Najib pula dilihat mengambil jalan kesederhanaan dengan tidak berdendam dengan masyarakat Cina, sebaliknya mengutamakan sikap profesionalisme dalam menguruskan situasi tersebut.
Najib ada pendirian, dia bijak menghadapi apa juga situasi masalah. tak mcm anwar.... dah lah bodoh undang2, bertindak ikut suka kepale hotak die...
ReplyDeleteAnwar kaki ngelabah -kelam kabot
ReplyDelete