Pages

Tuesday, June 11, 2013

Anwar Rancang Boikot Taklimat Dewan Rakyat


Sebelum ini mereka beria-ia nak jadi wakil rakyat. Bila bertanding dan dipilih rakyat, mereka pula tak mahu ke Dewan Rakyat.

Layakkah mereka bergelar wakil rakyat jika semua dibuat hanya menyusahkan rakyat dan timbulkan perasaan meluat?

Itulah karenah wakil rakyat atau ahli Parlimen pembangkang yang rancang nak boikot taklimat Parlimen pada Selasa dan pulau persidangan yang bermula dua minggu lagi .

Baguslah, kalau ke semua 89 ahli parlimen DAP, PKR dan PAS betul-betul nak boikot majlis yang dikira penting sebelum Dewan Rakyat bermula 24 Jun ini.

Namun, semua itu gempak saja kerana ada antara ahli parlimen pembangkang sudah jawab jemputan pihak Parlimen untuk hadir pada taklimat tersebut.

Mereka ini sebahagian besar adalah yang pertama kali bergelar wakil rakyat. Kalau tidak hadir pagi Selasa, mereka sendiri yang rugi kerana majlis itu bukan setakat taklimat sebaliknya hendak buat kad identiti untuk akses, isi semua borang yang berkaitan untuk urusan gaji, surat menyurat dan lain-lain.

Ini sebagai persediaan sebelum persidangan penuh nanti dan memudahkan urusan wakil rakyat itu sendiri sepanjang bergelar ahli parlimen.

Sumber Parlimen memberitahu Agendadaily, sehingga pagi Isnin, hanya 78 daripada 222 ahli parlimen sudah memberi jawapan akan hadir.

Ada antara mereka ahli parlimen pembangkang penggal pertama, kata sumber tersebut.

Bagi ahli parlimen penggal lalu yang kekal, mereka mungkin tidak hadir kerana maklumat peribadi bagi urusan gaji dan surat menyurat sudah dalam rekod pentadbiran Parlimen.

Mungkin sebab itulah Datuk Seri Anwar dan geng-gengnya rancang nak boikot majlis tersebut kerana maklumat peribadi beliau dan ahli
parlimen lain sudah ada.

Jadi Anwar sudah tahu semua perkara ini dan beliau mungkin tak perlu hadir esok.

Ikut ceritanya, Anwar yang terus kempunan jadi Perdana Menteri selepas PRU 13, bukan saja rancang boikot majlis taklimat tetapi persidangan yang akan bermula 24 Jun nanti.

Khabarnya, bukan sekadar untuk memulaukan persidangan, Anwar juga dikatakan tidak menghantar soalan-soalan seperti kebiasaan.

Namun, sekutunya dari DAP dan PAS buat keputusan sebaliknya untuk hadir ke sesi pertama Parlimen penggal baru ini.

Difahamkan, taklimat esok membabitkan Setiausaha Dewan dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam pilihan raya umum lalu, DAP memperoleh 38 kerusi, PKR 30 dan PAS sebanyak 21 kerusi.

Ekoran keputusan itu, pembangkang terus meroyan dan bikin macam-macam gempak termasuk tuduh SPR menipu, mengadakan perhimpunan 505,mengemukakan 25 petisyen, jumlah yang cukup untuk mereka bentuk kerajaan dengan majoriti mudah (89+25=114) dan terbaru bercadang memulau sidang Parlimen.-Agendadaily

Buang karen je pilih diaorang ni jadi Ahli Parlimen!!!

3 comments:

  1. Faces of sore loosers (gambar)!

    ReplyDelete
  2. Eeee.. X sanggup nak tgk la

    cuba tgk gambar2 ni

    Subhanallah.. Ngerinya



    ReplyDelete
  3. anwar mengajar org melayu jadi penderhaka!!! Jadi kurang ajar. Anak dia pun dah ikut jejak lamgkah bapak penderhaka!!
    tak blh tunggu next PRU ka?? Ada rezeki naik lah.. tak dan dah kot naas :'(
    mengucaplah banyak2..
    org 2 melayu sedarlah kita sdg ditertawakan olh bangsa lain!!! melayu akan hilang kuasa joka terus berpecah belah.. fikir2kan lah!!!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.