Pages
▼
Tuesday, June 4, 2013
Suspek Hina Agong Ditahan
Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini telah berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina DYMM SPB Yang DiPertuan Agong di laman Facebook-nya.
Suspek yang merupakan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan. Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya.
SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan untuk membantu siasatan lanjut.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.
SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia. – Bernama
Alhamdulillah..ada ramai lg komunis kat luar tu, yg melayu pn ada, tangkap jgn x tangkap.
ReplyDeleteLu boleh pergi negeri lain kalau lu tak suka Malaysia
ReplyDeletesiapkan tongkang dan berambus!
ReplyDeleteSapa yg mulakan menghina institusi KESULTANAN ni.... Kan umno yg menghentam dan mencerca kesultanan 1988 dan yg terakhirnya pada 2008, pemimpin umno di Trengganu sanggup menyatakan Sultan Trengganu/Agung sebagai "NATANG". Mengapa pencacai2 yg bodoh sombong ni diam tanpa menyalakpun.
ReplyDeleteHantam habis-habis biar dia menyesal akan kelahirannya ke dunia ni. Biar jadi pengajaran kepada yang lain.
ReplyDeletedia tak suka duk negara malaysia la tu... heheheh
ReplyDelete