Pages

Thursday, July 4, 2013

Penjelasan KJ Berhubung Penangguhan Forum Bicara Wawasan Bersama Tun Mahathir


"Bila antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung juga yang kenyang". Maksud pepatah Melayu ni, kita jangan lagakan pemimpin, sebab yang untung puak lain yang sentiasa nak kita lemah dan tak bersatu.

Kecoh sekejap pasal Program Bicara Wawasan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, ternyata program yang bagus untuk belia ni bukan di batalkan cuma di tangguhkan oleh sebab-sebab taknikal.. Menurut sumber yang sahih, pejabat Tun M juga telah di maklumkan pada 20 Jun 2013...

20 Jun 2013 baru hari ni nak kecoh? apesal korang ni ah?

Orang kita sepatutnya kena berubah cara berfikir... Jangan jadi batu api dan kuat memfitnah... Lain kali sebelum tembak orang lain check la betul-betul dulu... jangan bikin malu daaaaa....

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!



Berikut adalah penjelasan dari YBM Khairy jamaluddin di Facebook...

"Seperkara lagi yang saya nak jelaskan. Ada rakan-rakan yang tanya saya tentang program anjuran International Youth Centre (IYC) yang dibawah pengelolaan KBS. Program yang dimaksudkan itu adalah Bicara Wawasan bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ada cerita yang tersebar dalam FB bahawa saya telah mengarahkan program itu dibatalkan. Tuduhan itu tidak benar sama sekali.

Saya difahamkan program itu hanya ditangguh kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Saya tidak terlibat langsung dalam keputusan penangguhan ini.

Saya minta kepada semua, janganlah buat andaian atau spekulasi tentang perkara ini. Saya tiada apa-apa niat untuk menghalang program-program yang memberi faedah kepada orang muda, terutamanya majlis ilmu yang disampaikan oleh seorang negarawan.

Saya masih menaruh harapan yang tinggi bahawa YABhg akan bersama dengan IYC untuk menyampaikan amanat beliau dalam masa yang terdekat.

Jangan melagakan orang sebab tidak ada kerja lain. Ini masa untuk kita kerja, bukan masa untuk bergaduh.

Ingat cakap orang lama (ini favourite MB NS): Bila antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung juga yang kenyang."

2 comments:

  1. betul tu saya setuju.. JGN LAGAKAN ORG.. kata yg tepat utk kita semua dan utk diri yg berkata. Harap kata si kj tu dpt beri manfaat ke dirinya sendiri.

    Jika takde angin tak kan pokok bergoyang.. angin byk kategori dan pokok byk jenis.

    ReplyDelete
  2. Tun M pun hingga la nak jumpa lu la KJ..jangan nak besar kepala bila jadi menteri, dah cair ke otak sebab lama duduk dalam peti sejuk..

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.