Pages
▼
Tuesday, September 17, 2013
Khalid Ismath Dangkal, Buta Sejarah
Tindakan aktivis sosial, Khalid Mohd Ismath mengangkat ‘perjuangan’ bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng seperti menderhaka kepada negara.
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, sepatutnya Khalid berfikir secara matang dan jangan bersikap buta sejarah.
“Kalau ini pemikiran Khalid, kita amat dukacita kereana begitu dangkal sekali. Tindakannya itu menunjukkan beliau sebenarnya buta sejarah.
“Kalau Chin Peng dikatakan pejuang, tidak nampak kesahihannya, ini menunjukkan kedangkalan pemikiran beliau,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Katanya, beliau percaya pendirian Khalid itu hanya mewakili dirinya sendiri tanpa ada orang lain yang akan mengikutnya.
“Apa yang ditulisnya dalam laman Twitter itu tidak akan menarik perhatian kerana beliau seperti tidak tahu sejarah.
“Kita jelas tolak Chin Peng sebagai pejuang, jadi kita harap Khalid boleh kembali ke sekolah belajar balik sejarah,” ujarnya.
Semalam, Khalid memuat turun status dalam laman Twitternya yang mengangkat ‘perjuangan’ Chin Peng sebagai berkata ‘jasanya membuka jalan kemerdekaan di Malaysia tidak akan dilupakan’.-SH
~Menghabihkan boreh yo!!
PEMIMPIN ASPIRASILA YANG KENA BACA SEJARAH. JIKA ASPIRASI ORANG AKADEMIK CUBA CARI SOLUSI APAKAH YANG DATANG DAHULU DALAM SEJARAH MALAYSIA PEJUANG DAUHULU ATAU IDEOLOGI DAHULU. KALAU IDEOLOGI DAHULU KITA AKAN JUGA MENGATAKAN SAMSIAH FAKEH DLL PEJUANG MELAYU JUGA MENGANUT FAHAMAN KOMUNIS.KAJILAH DAHULU SEJARAH DARI AWAL. KATA ORANG AKADEMIK
ReplyDeletebudak-budak.....memang la macam tu....berhingus namun petah berkata-kata....janganlah menunjuk kebodohan kita...kelak padah menimpa! salam.
ReplyDelete-A1544 VAT69-
amik ko anon 12:53 pm..tanda sokong kepada pihak PDRM
ReplyDeletepening kepala dengan assignments anda? sila dapatkan perkhidmatan yang pantas dan terbaik daripada http://myassignmentmaker.blogspot.com/
ReplyDeletemusibat n ih mabuk Holly Water gamaknye.
ReplyDelete