Pages
▼
Monday, September 2, 2013
Petrol Naik Hanya Sekadar Khabar Angin
Untuk makluman, berita harga petrol Ron 95 naik sebanyak 20 sen merupakan khabar angin semata-mata. Kenaikan harga minyak masih dalam peringkat kajian dan kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk tidak membuat kenaikan sebarang harga minyak dalam masa terdekat ini.
Kepentingan rakyat diambil kira dalam hal berkaitan harga minyak agar tidak membebankan lagi apa yang ditanggung oleh rakyat pada masa ini.
Oleh itu sekiranya ada khabar angin berhubungan kenaikan harga minyak, sila abaikan!
Memetik laporan utusan - Rakyat negara ini diminta tidak mempercayai dakwaan kononnya harga minyak petrol naik 20 sen kerana maklumat tersebut hanya sekadar khabar angin.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia (Pesamp), Alang Zahry Ishak berkata, setakat ini tiada sebarang pengumuman dilakukan kerajaan dan pihaknya berharap pengguna waras dalam menilai setiap khabar angin yang diperolehi mereka.
"Dakwaan tersebut hanya khabar angin. Pihak kami tidak tahu menahu berhubung sebarang kenaikan harga petrol pada ketika ini," katanya.
takkan Berita harian pun kasi berita khabar angin?
ReplyDeletehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaRON95_dieselnaik20senmulaitengahmalamini/Article/?bh
ReplyDeleteDah diumumkan kat tv pun...dah sah naik!
ReplyDeleteAkhirnya khabar angin BETUL - LAPORAN UTUSAN SALAH! Macam biasa...khabar angin lebih tepat dari laporan UTUSAN...Tak faham-faham ke..
ReplyDelete