Pages

Friday, October 25, 2013

Nurul Izzah Meroyan Kerana GST! @n_izzah #knowGST @NajibRazak #Bajet2014


Kesian anak "Papa".. Kalau kerajaan nak buat sesuatu kebaikkan untuk rakyat, ada saja yang tak kenakan?

Peringatan janganlah sesekali termakan dengan dakyah songsang yang dibawa oleh Pakatan Haram! Untuk keterangan lanjut sila rujuk pada artikel FMT yang bertajuk How does GST affect you?


Kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang dimansuhkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa kadar GST yang akan dikenakan adalah sebanyak 6 %.

“Gst bukanlah cukai tambahan baharu realitinya kadar inflasi kini berada di paras rendah 2%. Kerajaan yakin inilah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST kerana kadar inflasi minimum dan terkawal,” petikan kata DS Najib ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Parlimen petang tadi.


Kami sediakan info grafik ini untuk puak-puak pembangkang yang lambat pickup! hope korang faham la ye!

Pelaksanaan GST sebenanya dapat membantu negara menangani banyak kelemahan dalam sistem pencukaian sedia ada.

Sebagai contoh pada waktu ini sekiranya kita membeli minuman berkarbonat di restoran tanpa kita sedari, kita dah membayar dua kali cukai iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Dalam bahasa mudahnya dalam sistem GST pengguna perlu membayar satu kali cukai sahaja. Realitinya juga perubahan harga barangan dan perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum.


Untuk rekod, Singapura dan Thailand mengenakan GST pada kadar 7 peratus, manakala Indonesia, Filipina, Cambodia, Laos, Vietnam dan Myanmar pula 10 peratus.

GST bagaimanapun dikecualikan bagi lima perkara, iaitu barangan makanan asas, perkhidmatan pengangkutan awam, urusan jual-beli serta sewaan rumah kediaman, perbelanjaan keatas perkhidmatan atau pembelian barangan pelajaran dan pendidikan, serta bayaran kadar pertama tarif bil air serta elektrik yang ditetapkan.

Selebihnya lu piiikiiiir la sendiri!

P/s Nurul Izzah sampai bila U nak block twitter I? dimana kebebasan suara keadilan yang selalu u laungkan tu?

5 comments:

  1. kenapa dia moroyan
    kalau kerajaan batalkan perlaksanaan GST,mereka akan mendakwa Najib tiru bajet hantu mereka (bangang tak memerintah nak buat bajet,mana kau nak cekau duit).

    ReplyDelete
  2. apa yg dia tahu tentang GST? dia sedar tak sekarang ni semua orang bayar cukai cara tak langsung dengan tingginya sebab kebanyakan barang import ada cukai kastam. pengimport akan turunkan cukai yg dia dah bayar dalam kos barangan ke pengedar kemudian kepada peruncit dan akhir sekali pembeli yg tanggung. betina ni tahu tak cukai kastam 20-30% dan cukai jualan kat 10-15%? GST berapa %?5 ke 6% je. Bawah GST pengimport aku rasa boleh claim baik GST yg dia dah bayar. Nak jadi MP tapi econ & finance tak pandai.

    ReplyDelete
  3. ntah. korang suka sgt GST kan?? Bodoh piang

    ReplyDelete
  4. Hoi.. bengap, Nurul Izah bukan meroyan tapi dia sampaikan message rakyat yg dah meroyan kena tipu dek Kerajaan BN dengan kehidupan bukan makin senang tapi makin mencekau kais nak meyara keluarga. Itulah baru betul wakil rakyat, menyuarakan kesusah rakyat sampai dituduh meroyan bukan cam wakil rakyat BN rakyat susah, dema senang lenang.

    ReplyDelete
  5. Apa punya bingai le yg menyokong GST ni?Naik tambang bas mrk sokong.Naik harga minyak dia org sokong.Gula naik mrk sokong.Kena kn GST mereka sokong!Menyokong konon ny utk menambah pendapatan kerajaan.Tp pernah ke mereka tanya kmana di belanja kn semua tu?Dn buat anon 1:02,kamu faham ke mksd GST.GST ada lh cukai yg terus masuk ke kantung kerajaan krn rakyat membeli.Kamu ingat kerajaan nk kurang kn ke cukai impot dn cukai jualan.Kamu tau ke hrga gula dh naik mnjadi RM2.80 dn kamu akn membayar RM2.968 utk sekilo gula.Yg kamu merepek yg hrga barangan akn turun apabila GST di kena kn,kamu belajar di mana?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.