Pages
▼
Sunday, October 6, 2013
#PemilihanUMNO Pencabar Nak Menang Free! Fitnah @Khairykj!
Menyedari kekalah pasti akan berlaku, pihak pencabar KJ kini sedang berusaha untuk mendapat kemenangan free dengan mengharapkan KJ tidak dapat bertanding diatas kesilapan taknikal!
Ahhh malulah kalau nak menang sekali pun, menanglah dengan cara yang bermaruah! Tapi kalau rasa diri tu tak layak untuk menerajui kepimpinan Pemuda tarik diri sajalah! jangan hanya nak mengharap nasib! Kerusi Ketua Pemuda UMNO bukan tempat untuk mencuba nasib bang!
Tolonglah jangan kerana nafsu sanggup hancurkan Parti Keramat ini!
Pissst... nak tanya sikit Syed Rosli boleh main futsal ke? Kalau tak boleh, duk diam-diam je lah....!
KJ nafi guna jentera kementerian
KUALA TERENGGANU - Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menyangkal tuduhan pencabarnya Syed Rosli Syed Harman Jamallulail yang mendakwa beliau menyalahgunakan jentera Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berkempen bagi pemilihan Umno.
Beliau berkata tuduhan itu menunjukkan Syed Rosli tidak faham bahawa Pemuda Umno dan belia tidak boleh berpisah kerana ramai di kalangan anggota-anggota persatuan belia juga adalah anggota Pemuda Umno.
"Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya adakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia. Mereka ini juga kebanyakannya anggota Pemuda Umno yang menjadi perwakilan.
"Tuduhan ini tidak betul kerana saya berjumpa dengan pemimpin belia yang kebetulannya anggota Pemuda Umno (perwakilan) dan berjumpa untuk berbincang isu semasa yang kebetulannya sekarang adalah mengenai perwakilan....jadi ada juga saya terangkan mengenai beberapa perkara mengenai pemilihan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tuduhan Syed Rosli yang mengadakan sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Khairy berkata Syed Rosli sepatutnya menggunakan bahan lain untuk berkempen seperti kebaikan dan rekod kepimpinan yang pernah beliau lakukan tanpa perlu memburukkan calon lain.
Mengulas mengenai 75 calon yang menawar diri sebagai Exco Pemuda Umno, Khairy berkata ia bukti parti itu masih relevan dalam membawa aspirasi kerajaan kepada rakyat.
"Apa pun, saya mahu perwakilan memilih calon yang terbaik, yang sedia berkhidmat sepanjang masa, bukan hanya ketika kempen pemilihan parti sahaja," katanya. - Bernama
hahhaa.. Khairy berkata Syed Rosli sepatutnya menggunakan bahan lain untuk berkempen seperti kebaikan dan rekod kepimpinan yang pernah beliau lakukan tanpa perlu memburukkan calon lain......BUDAK TINGKAT 4 tu rekod baik KJ smpi umno nk tumbang!!!TOLAK MELAYU LIBERAL!!
ReplyDelete-ipohmarley-
nak jatuhkan KJ guna cara lain la..payung lebih sgt laa...MAYC baru je saman akhram tu ape cert?? tolak la meLayu penipu bro..
ReplyDeletemalai si, sakai laot masuk hutan..blah la, perjuangan melayu konon, buek malu yo..sembang je lebih
ReplyDelete