Pages

Saturday, September 10, 2016

Ahli UMNO perlu setia bersama parti - @Khairykj

Anggota UMNO perlu menetapkan pendirian setia kepada parti dengan tidak menjadi golongan atas pagar kerana sokongan dalam politik tidak boleh dibahagi dua, tegas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata terdapat segelintir anggota UMNO yang menggunakan alasan hormat dan terhutang budi untuk memberikan sokongan kepada bekas pemimpin parti sehingga wujud perasaan berbelah-bahagi.

"Kena buat pilihan, tidak boleh berada di atas pagar... kita ahli UMNO mesti sokong pemimpin UMNO sepenuh jiwa dan raga kita," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sik di Sik Sabtu. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sik Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Katanya walaupun tidak menafikan jasa bekas pemimpin tersebut namun tindakan mereka menubuhkan parti baharu jelas memberi isyarat bahawa mereka ingin melawan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Walau bagaimana hebat dan popularnya seseorang pemimpin itu, namun tanpa parti yang kuat, ia hanyalah sia-sia sahaja. Dalam politik tiada tempat untuk pemain individu, yang bergerak tanpa parti. Perlu ada gandingan hebat parti dan pemimpin," katanya.

Sementara itu, Khairy yang juga menteri belia dan sukan turut mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk kemudahan sukan di daerah Sik.

-Bernama

3 comments:

  1. Mengaji Oxfford pun blh jd bengong semata2 nak kekal jawatan. Kau mempertahankan jg bermakna kau menyokong lanun. Kau sanggup melutut pada lanun. Kau nk mempengaruhi rakyat menyokong kamu kerana lanun? Kalau ketua dah lanun makna nya parti kamu parti lanun. Dan kau adalah balaci lanun.

    ReplyDelete
  2. Apa yg dikatakan oleh KJ adalah tepat sekali... sy tabik KJ diatas keberaniannya mempertahankan parti keramat ini!

    ReplyDelete
  3. KJ pernah lantang persoalkan kepimpinan parti berkenaan kemelut atau skandal 1MDB yang dicemuh hebat oleh rakyat. Bekas UMNO yang menentang UMNO adalah kerana mempetikaikan 1MDB.
    Tapi kini KJ seru barisan UMNO menetang bekas-bekas UMNO ni.
    Berperang dengan bekas UMNO yg menjadikan presiden sasaran bukan suatu strategi yg boleh menyokong kuatkan parti. Motif PPBM jelas, perjuangan PPBM jelas dan usaha kuat Tun M juga tidak pernah putus asa. Melihat matlamat PPBM dihalaman wikipedea juga setara dengan asas perjuangan UMNO malah berpotensi lebih daripada UMNO kerana PPBM menyatukan rakyat Sabah dan Sarawak dengan orang Semenanjung.
    Atau mungkin ahli UMNO sekarang semakin kuat berfikir ataupun kuat bermuhasabah diri?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.