Mulai tengah malam ini, khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerah untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan rakyat berada di rumah masing-masing dalam usaha membendung koronavirus (Covid-19).
Perkara tersebut diputuskan oleh Menteri Pertahanan yang juga Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
Usaha kawalan itu dibuat di bawah Seksyen 5 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Langkah itu dilaksanakan bagi mengurangkan beban PDRM dalam penugasan sepanjang perintah berkenaan selain mahu melihat keberkesanannya terhadap orang awam yang enggan mematuhi perintah tersebut.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.