Pages

Monday, March 30, 2020

Percepatkan Agihan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin - Shahril Hamdan





Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, mahu supaya pengagihan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) kepada golongan B40 dapat diagihkan dengan secepat mungkin bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh golongan itu.

Shahril berkata, perkara yang paling penting dalam inisiatif itu ialah pemindahan wang tunai terus kepada rakyat dengan segera bagi memberikan kelegaan kepada mereka.

Bagaimanapun, katanya, pengumuman bahawa Bantuan Prihatin Nasional yang mungkin akan diagihkan pada lewat April adalah membimbangkan.

"Jika kekhuatiran kerajaan adalah hendak mengambil masa mendapatkan data M40 yang kali pertama mendapat bantuan sebegini, maka agihkanlah secepat mungkin kepada golongan B40 yang paling terkesan.

"Saya risau banyak individu yang hilang mata pencarian sepanjang tempoh Perentah Kawalan Pergerakan tidak mampu tunggu sehingga hujung April sebelum mendapat 'relief' dari kerajaan," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman sosialnya.

#ShahrilHamdan #PakejRangsanganEkonomiPrihatin #UMNO

[ Jika anda menyukai video ini mohon [SUBSCRIBE] [SHARE] dan [LIKE] sebagai tanda sokongan anda kepada saya. Sokongan anda amat saya hargai. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.