Pages

Monday, April 13, 2020

Laporan POLIS Terhadap Lelaki Hina Anggota Barisan Hadapan PKP!





Ketua Pemuda Umno Raub, Fadzli Mohamad Kamal membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang individu yang menghina anggota pasukan keselamatan yang bertugas di sekatan jalan raya melalui Facebook.

Menurutnya, individu menggunakan akaun Facebook bernama Zahid Mamat dikesan memuat naik perkara berkenaan dalam Facebook kumpulan ‘Penduduk Raub’ yang didakwa menghina polis dan tentera yang bertugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Beliau yang juga Presiden Anak Raub menyifatkan kenyataan yang dibuat adalah suatu yang biadap dan berbahaya serta boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

Menurutnya, kenyataan Zahid Mamat yang terang-terangan berhasrat menghasut rakyat membenci pihak keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) suatu yang tidak boleh diterima.

“Kenyataan ini berniat jahat dan bertujuan menimbulkan huru-hara serta keresahan dalam masyarakat kerana mengajak rakyat memberontak, memukul pihak keselamatan, melanggar PKP dan berhimpun di jalanan.

“Hakikatnya, terlalu besar pengorbanan PDRM dan ATM sebagai barisan hadapan dalam tempoh PKP bagi memerangi Covid-19 ini.

“Mereka sanggup berpanas dan berhujan 24 jam setiap hari di sekatan jalan raya, berkawal di semua pintu masuk sempadan negara, meronda di seluruh ceruk kampung, kawasan dan penempatan, semata-mata untuk memastikan keselamatan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

[Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  

https://www.youtube.com/c/BroJinggo ]

#StayatHome #PDRM #ASKAR

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.