Pages

Thursday, April 16, 2020

Nur Sajat, BERTAUBATLAH Segera!





Pendakwah bebas dikenali Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin menasihatkan ahli perniagaan, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Nur Sajat, segera bertaubat.

Ia rentetan video tular Sajat mengatakan belum ada golongan transgender terkena jangkitan wabak pandemik Covid-19 ketika ini.

Justeru, Ustaz Ahmad Husam tampil berkongsi nasihat buat renungan Sajat dan golongan transgender lain dalam rakaman videonya.

"Saya nasihatkan supaya jangan cuba-cuba mencari atau menjemput kemurkaan Allah SWT kepada kamu.

"Kamu ingat murka Allah, laknat Allah ini satu benda untuk dipermainkan ke? Sebenarnya, kita dianjurkan oleh agama supaya berdoa pada Allah, dijauhkan dari murka Allah, laknat Allah," katanya.

Beliau berkata sebelum ini sudah bermacam- macam dakwah dan nasihat sudah diberi kepada Sajat tetapi ia seolah-olah tidak dipedulikan.

“Kamu kena ingat, laknat Allah datang bukan satu jenis, dua jenis, macam-macam jenis dan pelbagai cara.

"Saya mohon Sajat, kamu bertaubatlah pada Allah SWT. Bertaubatlah segera kepada Allah," katanya.

Apapun, menerusi video Sajat yang tular itu menunjukkan ahli perniagaan terbabit seakan bangga golongan transgender tidak dijangkiti Covid-19.

"Tak pernah lagi pondan kena Corona, betul tak? Cuba awak tengok, ada tak pondan kena Corona. Tak ada lagi, mana ada," katanya dalam video pendek tular itu.

Sehubungan itu, kebanyakan warganet kurang selesa dan ia mengundang kemarahan banyak pihak terhadap keberanian Sajat yang didakwa seperti mencabar kekuasaan Allah.

[ Mohon Subscribe Bro Jinggo Channel https://www.youtube.com/c/BroJinggo ]

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.