Pages

Monday, April 6, 2020

Polis buru dua individu cetuskan panik!





Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedang mengesan dua individu yang memuatnaik rakaman audio kononnya kerajaan akan melaksanakan perintah berkurung membabitkan penutupan penuh semua premis pasar raya, kedai runcit dan kedai makan.

Dua rakaman berkenaan oleh seorang lelaki dan seorang wanita dikesan tular sejak menerusi WhatsApp, memberitahu kononnya akan berlaku penutupan penuh semua premis dibenarkan sebelum ini yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata tindakan kedua-dua individu terbabit menyebabkan orang ramai panik dan keluar membeli barang keperluan selepas menerima sebaran rakaman audio berkenaan.

"Sehubungan itu, kami meminta orang ramai yang mengenali pemilik suara atau pengirim asal audio berkenaan untuk menyalurkan maklumat kepada polis.

"Pihak polis juga mengesyaki bahawa kedua-dua mereka sebelum ini berkemungkinan pernah menularkan audio rakaman lain yang mencetuskan kebimbangan kepada masyarakat," katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Beliau berkata dakwaan kedua-dua mereka tidak benar.

Dalam rakaman audio oleh seorang wanita, dia memberikan maklumat berkenaan selepas diberitahu oleh rakannya yang baru menerima perkhabaran dalam sidang media oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Putrajaya.

Namun sejak Khamis lalu sehingga semalam, tiada sebarang sidang media oleh Perdana Menteri diadakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat ini boleh menghubungi Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) menerusi Superintendan Fazley Abdul Rahman di talian 0123837676 bagi membantu siasatan.

[Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  


#PDRM #Polis

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.