Pages

Tuesday, May 5, 2020

Hina Melayu - Muzaffar Jakel Tampil Mohon Maaf

Setelah lama berdiam diri Muzaffar akhirnya membuat satu video permohonan maaf. 

Video permohonan maaf Muzaffar Terkini akhirnya Muzaffar telah membuat satu video permohonan maaf. Melalui video tersebut Muzaffar telah menjelaskan segala apa yang terjadi dari 1 may 2020 sehingga ke hari ini.

  

Menurut penjelasan beliau status dibuat dalam keadaan kurang baik. Ini kerana banyak makian yand dia dapat dari DM. Beliau juga turut perjelaskan tentang pengguna FB Nor Lizah yang memuat naik status seolah-olah racist.

  

 “Salam semua maafkan saya, saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf di atas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dalam posting IGS (IG Story).

 “Apa yang saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang saya tidak sepatutnya gunakan, ” katanya dalam posting IG story terbaharunya.

 “Sempena di bulan yang penuh barakah ini, saya dengan rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran dalam mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan ramai pelanggan-pelanggan Jakel dan netizen. Maaf zahir batin, ” katanya.

Terdahulu Boss besar Jakel Dato` Faroz tampil minta maaf bagi pihak adiknya dan menjelaskan siapa sebenarnya pengguna `FB` Nor Lizah 

Syarikat Jakel antara perniagaan yang mengumumkan akan beroperasi semula pada 4 Mei nanti.

Namun, ramai menunjukkan perasaan tidak senang atas pembukaan gedung pakaian itu ekoran penularan wabak Covid-19 yang masih lagi belum reda.

Muzaffar Jakel iaitu adik bongsu Jakel telah memuat naik status di Instagram miliknya respon kepada orang ramai yang mempertikaikan pembukaan gedung mereka.

Malangnya respon Muzaffar itu dianggap biaadap oleh sesiapa pun yang membacanya kerana telah menghiina bangsa Melayu secara keseluruhannya.

“Kesian aku dengan orang MELAYU. SOP tu bahasa MELAYU pun tak pandai baca..” komen Muzaffar Jakel. 



Orang ramai mula memberikan reaksi yang pelbagai dari tindakan Muzaffar itu. Rata-rata menyatakan kekeesalan dengan tindakan biaadap yang tidak sepatutnya dilakukan kepada mana-mana bangsa.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.