KANTOI - Tersebar di media sosial beberapa kepingan surat yang menunjukkan salah guna kuasa bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Terdahulu gerakan Aktivis Tuntut Malaysia (TUNTUT) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, membabitkan isu salah guna kuasa.
Pengerusi TUNTUT A'zlan Abu Bakar berkata, pihaknya tampil membuat laporan di SPRM Selangor berikutan pendedahan yang dilakukan oleh sebuah portal berita hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Negara tampil membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pengecahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggesa siasatan ke atas dakwaan tindakan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung akaun bank seorang ahli perniagaan yang dibekukan.
Menurut Koordinator Pemuda Negara Negeri Sembilan, Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan, SPRM perlu memanggil Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk diambil keterangan berhubung dakwaan itu.
Beberapa bahagian Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat laporan kepada SPRM terhadap Guan Eng dan Thomas berhubung akaun bank seorang ahli perniagaan dibekukan.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.