Pages

Saturday, June 20, 2020

Tergempar Pakatan Harapan Diambang Perpecahan! Rakyat Muak Dan Bosan Drama PH!





Walaupun negara masih lagi dalam usaha pemulihan dari serangan pandamik covid-19 , namun semakin rancak pula persengketaan dalam perebutan kuasa antara Anwar dan Mahathir. 

Pakatan Harapan (PH) kini dilihat sedang bergolak menuju perpecahan yang amat ketara dalam menentukan siapa bakal Perdana Menteri (PM) mereka. Bayangkan jika perkara ini terjadi sewaktu mereka memerintah Malaysia, apakah nasib rakyat jelata pada ketetika ini?

Setelah menunggu lebih dari seminggu dan mesyuarat demi mesyuarat untuk mengumumkan siapakah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, dan rancangan untuk merampas semula negara dari Perikatan Nasional, jelas dan nyata kali ini Anwar tidak lagi mahu tunduk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam PKR telah bermesyuarat dan memutuskan untuk menolak kemahuan Dr. Mahthir yang mahu menjadi Perdana Menteri untuk kali ke 3 sekaligus menjadikan Anwar PM Tepi sekali lagi.

PKR memuktamadkan keputusan untuk kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke-9 dan menolak pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan tersebut.

PKR, dalam satu kenyataan berkata menghargai usul dan usaha rakan-rakan dalam DAP dan Amanah yang secara konsisten menyokong pencalonan Anwar sebagai calon PM.

Bagaimanapun, menurut MPP, permasalahan berbangkit apabila bekas perdana menteri ketujuh, Dr Mahathir berpendirian mahu kembali buat kali ketiga sebagai Perdana Menteri.

Berikut petikan dari mesyuarat tersebut.

“KEADILAN tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Tun Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.

“Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai PM, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM,” kata MPP.

Dalam pada itu Selepas Warisan menjadi antara parti yang terawal menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, PKR mendapat tentangan hebat dari DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) yang mana telah mendedahkan pilihan PH untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM tidak berjaya mendapat sokongan bagi membentuk kerajaan.

Oleh sebab itu, PH meneruskan dengan pilihan kedua dengan mengemukakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM dan Anwar sebagai timbalannya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad dan Anthony Loke selaku Setiausaha Organisasi DAP.

Dalam kenyataan tersebut, DAP dan Amanah mendedahkan pilihan pertama hanya mampu mendapat sokongan maksimum 96 anggota parlimen iaitu 91 daripada PH termasuk 38 PKR, 42 DAP dan 11 PAN.

Manakala lima dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Dr Mahathir.

Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa sekiranya opsyen pertama yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak berjaya mendapat sokongan yang memungkinkan pengambilalihan kuasa dilakukan, maka opsyen kedua yang menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri akan pula dikemukakan.

Menghentam dengan lebih kuat lagi katanya, usaha terakhir Anwar untuk mendapatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telahpun tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi.

Ini sesuatu yang agak mengejutkan apatah lagi pemimpin tertinggi DAP, Amanah dan Warisan kebelakangan ini dilihat sangat akrab dengan Anwar, beralih sokongan kepada Tun Mahathir.

Persoalanyan adakah Anwar akan terus tunduk dibawah telunjuk DAP yang mahukan Tun Mahathir sebagai calon PM atau sebaliknya mengambil langkah untuk keluar dari Pakatan Harapan dan meneruskan cita-citanya untuk menjadi PM? 

Pergolakan politik dan polemik terhadap pelbagai isu dalam perebutan kuasa yang melibatkan pemimpin pembangkang ini bukan sahaja mengelirukan rakyat tetapi membosankan.

Sedangkan isu pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai YAB Perdana Menteri ke-8 dan pembentukan Kerajaan adalah secara sah dan rasmi dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seluruh rakyat, terutama pemimpin politik dan penyokong, wajar menghormati keputusan berkenaan, menerimanya dengan hati terbuka. Ketetapan YDPA tersebut tentunya tidak boleh dipersoal, apatah lagi untuk dirampas.

Ringkasnya, rakyat mahukan pentadbiran yang lancar bagi memacu pembangunan negara. Bukan menyaksikan drama perbalahan diantara pemimpin PH. 

Justeru, memang sesuailah PH ini dengan jiwa pembangkang. Eloklah menjadi pembangkang kerana walau 22 bulan memerintah telah terbukti gagal. Krisis dalaman tidak berkesudahan menyebabkan negara menghadapi kemelut politik negara.

Jadi pembangkang elok dah, cuma amalkanlah Politik Matang dan Sejahtera, jadi pembangkang yang bijak dan rasional agar dalam sistem demokrasi ini wujud suasana semak dan imbang (check and balance) yang baik. 

Pemimpin PH perlu sama-sama melihat ke hadapan dan memadamkan sengketa silam bagi memberikan fokus kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Bukannya jadi pembangkang yang meroyan berterusan tanpa kesudahan yang rakyat pun jemu, muak dan memualkan.

-Bro Jinggo

3 comments:

  1. DAP telah menunggung dan telah pun berjaya, nikmat ini nyata tiada TANDINGAN dan kini sekali lagi mereka ingin MENUNGGANG!

    DAP bukan sahaja mahu mengangkat Atok menjadi PM sekali lagi malah telah pun menyediakan SYURGA untuk orang tua ini!

    Mengikut kepercayaan agama, LKY sedang menunggu diSYURGA untuk bersama2 Atok BERMAIN MAHJUNG! Ini yang pernah diceritakan MP mereka suatu masa dahulu!




    ReplyDelete
  2. CALON TASIK CHINI : BOSSKU SEKOLAHKAN ANAK TUN BOBOI, ANAK BROTHER NURUL DAN JIJAH DAN ANAK TOKONG LIM GUAN ENG DAN MENANTU.

    Bekas Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata bahawa beliau bukan seperti bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan veteran DAP Lim Kit Siang.

    Walaupun celah jari kaki jer bossku sekiranya hendakkan anak nya jadi calon ternyata bossku bijak menyekolahkan Tun, Brother dan Tokong dengan menyindir sinis Boboi, Nurul dan Lim Guan Eng, menantu dan pemimpin seperti anak Kapal Sink dan lain lain.

    Najib berkata demikian selepas anaknya Mohd Nizar tidak dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Chini.

    Katanya, walaupun anaknya Nizar sebagai ketua pemuda Umno Pekan memang layak dari segi jawatan parti, kepimpinan, pengalaman serta pendidikan, amat janggal jika Nizar menjadi Adun Chini yang terletak di bawah kerusi parlimen Pekan.

    Kata Najib, hal itu memandangkan beliau sendiri sudah menjadi anggota parlimen Pekan.

    "Nama saya bukan Anwar atau Mahathir mahupun Kit Siang dan Umno bukan parti milik keluarga sesiapa.

    "Lagipun, adalah amat janggal jika Nizar menang dan anak saya menjadi Adun di sebuah parlimen di mana saya adalah ahli parlimennya," katanya dalam satu hantaran Facebook pagi tadi.

    Ternyata saham bossku bertambah laku dengan strategi mengugurkan nama anaknya sebagai calon di Tasik Chini walaupun Parlimen Chini dibawah kuasa parlimen Bossku...!!

    Syabas bossku bijak berstrategi... makin mengelupor atok, brother dan tokong.

    ReplyDelete
  3. OTAI REFORMASI HANTAM KAW KAW ATOK HARI HARI
    TAPI MASA SAMA OPEN DISCUSSION SALING MEMERLUKAN
    HARI HARI DEPA KATA WE HAVE THE NUMBERS ALREADY
    SAMPAI ARI NI HARAMJADAH SUMA MCM SIAL GAMPANG



    Deyyyy tambeyyy brother otaii berapaaa punya terukk la kena gameeee...!!


    kikikiki






    HAAHHH TOPUKKK...!!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.