Pages

Monday, July 27, 2020

H1NA NABI! Mat Sabu samakan Nabi jadi pelarian





Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, menggesa usul dibuat di Dewan Rakyat untuk menggesa Mohamad Sabu Pakatan Harapan Kota Raja menarik balik kenyataannya bahawa Nabi Muhammad adalah pelarian.


Beliau berkata, kenyataan itu merupakan suatu kesimpulan yang mengelirukan dewan dan Islam itu sendiri.

“Sebut (Nabi) Muhammad sebagai pelarian sedikit bermasalah dari sudut tafsiran dan definisi.

“Ini kerana (Nabi) Muhammad bukan pelarian, tetapi berhijrah ke Madinah kerana dijemput oleh penduduk Madinah dan dilantik menjadi pemimpin Madinah,” katanya di Dewan Rakyat pada hari Isnin.

Bagaimanapun timbalan speaker, Mohd Rashid Hasnon berkata, Mohamad tidak berada di dalam Dewan Rakyat dan meminta Fadhli menulis surat bagi mengemukakan usul itu.

Terdahulu, Bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu meminta rakyat dinegara ini agar berhati-hati dengan isu pelarian. Mat Sabu mengingatkan bahawa tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian, termasuk Nabi Muhammad.

“Jangan kita lupa sejarah. Jangan kita anggap kita lupa Islam itu ditegakkan oleh para pelarian, khasnya Nabi Muhammad yang menjadi pelarian atau berhijrah dari Mekah ke Madinah.

“(Ketika mereka Rohingya) datang ke sini, ada yang kata biar kita tenggelamkan mereka (di laut). Bayangkan itu berlaku kepada keluarga nabi,” kata ahli parlimen Kota Raja. katanya di Dewan Rakyat. - https://www.malaysiatrending.com

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.