Pages

Tuesday, August 4, 2020

KJ Tidak Kisah Dikecam! Don’t Kill The Massenger!



Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin tidak kisah dikecam, namun mesej yang beliau sampaikan itu tidak seharusnya dinafikan. UMNO harus ‘move on’, katanya.


Tegas Khairy , masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di mahkamah.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, keadaan itu berbeza dengan pendapat sebahagian besar rakyat, termasuk akar umbi UMNO sendiri yang mahu melihat parti itu terus bergerak ke hadapan.


Justeru, beliau kecewa kerana dikritik oleh beberapa pemimpin kanan UMNO sendiri apabila lantang menyuarakan pandangan berkenaan.


“Saya cakap benda yang menjadi rahsia terbuka sekarang ini. Masih ada yang berharap Datuk Seri Najib kembali sebagai Presiden UMNO. Ini yang saya maksudkan. 


Mereka tak nak cakap benda ini, tapi saya terpaksa cakap. Bagi saya, kita perlu bergerak ke hadapan. Cari generasi baharu untuk memimpin UMNO.


“Sekarang ini presiden masih lagi ada, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tak ada masalah sebab kes beliau masih dalam perbicaraan… tidak ada keputusan apa-apa lagi dari mahkamah. 


Tetapi kita mesti melihat selepas itu siapa? Apakah barisan kepimpinan baharu? Yang sebenarnya yang dikehendaki rakyat juga,” baca lagi>>>

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.