Sejak semalam, nama PU Riz dan Neelofa telah trending di media sosial disebabkan beberapa spekulasi yang menyatakan seolah-olah pasangan tersebut sedang dilanda masalah.
Lebih menjadi teka-teki adalah posting daripada ibu dan adik-beradik Neelofa yang menyertakan status hampir sama sehingga membuatkan netizen mulai tertanya-tanya.
Gambar-gambar semasa pertunangan mereka juga sudah dipadam dari Instagram ibu Neelofa dan adik-beradiknya yang lain.
Namun, apa yang paling mengejutkan adalah khabar angin mengatakan Neelofa dan Pu Riz atau nama sebenarnya Haris bin Ismail telah bernikah tanpa pengetahuan keluarga.
Penggunaan minyak pengasih dan sudah bernikah antara topik hangat yang menjadi perbualan netizen dalam media sosial berhubung isu hubungan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan bergolara sejak semalam.
Di Twitter, terdapat penyebaran beberapa tangkap layar paparan perbualan WhatsApp antara dua individu yang mendakwa Neelofa sudah bernikah secara senyap-senyap bersama PU Riz di Kelantan baru-baru ini.
Dalam perbualan berkenaan turut mendakwa Neelofa telah bernikah di Kelantan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd. Noor.
Lebih menghangatkan perdebatan , individu tersebut juga mendakwa Neelofa kini sedang berubat kerana dikatakan sudah terkena ubat pengasih.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan balas daripada pihak keluarga mahu pun Neelofa bagi menafikan dakwaan berkenaan.
Di ruangan komen, di facebook pula netlzen dilihat memberikan komen dan pendapat masing-masing, ada yang memberi pendapat, kena dgr dua2 belah pihak ..
Jgn pulak dgr 1 pihak.. Whatsapp tersebar pun belum tentu betul.. sepatutnya adik beradik perlu duduk bincang secara personal..
Jadikan pengajaran seperti kisah nabila dulu.. bila ada masalah semua adik beradik perli dalam IG.. Dulu sharnaz ahmad semua hentam perli dalam ig termasuk Neelofa.. Jdi lebih baik duduk bincang sesama keluarga..
Dalam Twitter, kebanyakan netizen berdebar-debar menantikan jawapan daripada empunya badan tentang kesahihan khabar angin berkenaan.
Bagaimanapun, rata-rata netizen mendoakan hubungan Neelofa dan Haris atau PU Riz kembali pulih dan mendapat restu keluarga.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.