Keperitan hidup seorang pengawal keselamatan bersama keluarganya yang terpaksa tinggal di dalam kereta sejak lapan bulan lalu berakhir apabila nasib mereka mendapat perhatian penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
ustaz Ebit menerusi hantaran di Facebooknya berkata, beliau amat sedih selepas membaca kisah S Ganesh bersama isteri dan tiga anak mereka yang tinggal di dalam kereta selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran.
Dalam hantaran itu juga, Ustaz Ebit berkongsi beberapa keping gambar, beliau membawa keluarga itu membeli barangan keperluan selain rumah baharu yang disewa untuk mereka.
Pada Khamis lalu, media melaporkan kehidupan Ganesh bersama isteri dan tiga anak mereka terpaksa tinggal di dalam kereta Proton Iswara selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran pada awal April lalu.
Ganesh berkata, setiap hari dia akan membawa kereta tersebut dengan anak dan isteri mencari tempat redup untuk berhenti dan berteduh sementara di sekitar bandar dan menggunakan tandas-tandas awam untuk mandi dan sebagainya.
Sementara itu, Parameswary yang bersalin lapan bulan lalu terpaksa menjalani kehidupan berpantang dengan anak ketiganya di dalam kereta tersebut kerana tiada tempat tinggal.
Dia hanya mengharapkan pendapatan suami yang bergaji kecil dan bayinya hanya minum susu badan bercampur susu botol.
Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki Ustaz Ebit Liew. Satu dalam sejuta. Menolong tak kira bangsa dan agama.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.