Pages
Thursday, July 30, 2020
Rombongan Musa Aman dihalang masuk Istana Negeri Sabah
Sah Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan - Shafie Apdal
Wednesday, July 29, 2020
Shafie Apdal Tumbang, Musa Aman Umum Cukup Majoriti Bentuk Kerajaan Baharu
Shafie Apdal Tumbang, Musa Aman Umum Cukup Majoriti Bentuk Kerajaan Baharu
Musa Aman dapat majoriti mudah bentuk kerajaan baharu di Sabah
Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman hari ini mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Adun negeri itu.
Dalam sidang media tergempar yang dibuat di rumahnya sebentar tadi berkata, pihaknya akan membuat satu bentukan dan menyokong Perikatan Nasional (PN). Baca lagi>>>
PENYOKONG OKU BOSSKU B3RANG! NAJIB RAZAK DIDAPATI BERSALAH
Tuesday, July 28, 2020
KES SRC - NAJIB RAZAK DIHUKUM 12 TAHUN!
Najib dihukum penjara 12 tahun, denda RM210 juta
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan guna kuasa terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Bagi sabitan pecah amanah pula, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan hukuman ke atas Najib ialah 10 tahun bagi setiap kesalahan.
Bagi kesalahan pengubahan wang haram, ahli parlimen Pekan berkenaan dihukum penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan. Bagaimanapun tiada denda dikenakan bagi kesalahan berkenaan.
Semua hukuman penjara akan berjalan serentak.
Semasa mengemukakan rayuan, salah seorang peguam bela Najib, Harvinderjit Singh, memberitahu tertuduh tidak dapat membayar denda yang ditetapkan kerana sudah diarah mahkamah lain membayar RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Peguam itu juga merujuk kepada Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah yang membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan yang didakwanya pasti akan menyusul selepas ini. Seterusnya>>>
LAPOR LANGSUNG : Keputusan kes SRC Najib hari ini. Bebas, didenda atau dipenjara?
Keputusan perbicaraan jenayah Najib Razak terhadap dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dana 1MDB akan disampaikan hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Apakah nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta ringgit SRC International Sdn Bhd. Bebas, didenda atau dipenjara?
Ikuti laporan langsung prosiding ini Seterusnya>>>
Monday, July 27, 2020
H1NA NABI! Mat Sabu samakan Nabi jadi pelarian
Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, menggesa usul dibuat di Dewan Rakyat untuk menggesa Mohamad Sabu Pakatan Harapan Kota Raja menarik balik kenyataannya bahawa Nabi Muhammad adalah pelarian.